Islam Di Akhir Zaman

Daripada Ahmed Al-Hassan (ms).
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana daripada Saudari Hadil:

THE STRANGERS OF ISLAM by AHMAD MAHDI

Tidak lama dahulu saya temui hadis ini yang saya dapati sangat menarik:
"Islam bermula sebagai sesuatu yang asing (ganjil) dan akan kembali menjadi asing, maka berbahagialah orang-orang yang asing." Sahîh Muslim (1/130)
Hadis ini yang diklasifikasikan sebagai Sahih dan diriwayatkan secara meluas di dalam kedua-dua tradisi Sunni dan Syiah, menimbulkan banyak persoalan yang mendalam dan menarik.

Apa yang sering difahami dari perkataan “asing” (ganjil) adalah ia bukan perkara biasa atau dikenali luas dan diterima oleh khalayak ramai. Sebaliknya, ia juga mungkin dibenci, diejek, dipinggirkan; dan diperangi..
Perkara pertama yang muncul di fikiran apabila membaca hadis ini adalah di mana pada masa ini di seluruh dunia di mana Islam menjadi agama kedua terbesar yang diamalkan oleh lebih 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia, bagaimana ia boleh kembali menjadi “asing” lalu tidak dikenali dan diterima luas?

Apa yang lebih menarik tentang hadis ini adalah terdapat konotasi positif bagi orang-orang yang mengikut Islam yang “asing” yang tidak dikenali ini sehingga Nabi SAW memberkati “orang-orang asing” ini dan memberikan mereka berita gembira..

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa Islam yang kembali asing ini, bukan Islam yang diamalkan dan dikenali di seluruh dunia hari ini, sebaliknya ia adalah Islam yang bilangan pengikutnya kecil, orang-orang asing yang tidak diterima oleh orang ramai. Mereka dibenci, ditolak, diejek dan bahkan mungkin hidup terpinggir kerana takut didakwa; dan diperangi oleh orang ramai.

Tetapi, siapa sebenarnya bilangan kecil orang-orang asing yang diberkati ini yang hidup di dalam ketakutan dari didakwa oleh orang ramai?
Kefahaman utama atau yang meluas agama Islam hari ini memang menyimpang bagi kebanyakan kita.

Ramai di antara kita mendapati suara mereka tiada di dalam Islam yang dimonopoli oleh segelintir ulama, yang mengajar manusia bahawa Islam didefinasikan dengan panjang janggutnya dan betapa lama solatnya berbanding kesucian hati; dan keperihatinannya terhadap saudara sesama manusianya.
Islam yang para pemimpinnya menjerit keras ketika ingin melaksanakan Syariah dan Hudud, tetapi menjadi begitu sepi tentang pelaksanaan prinsip-prinsip Syariah: keadilan, kesaksamaan, rahmat dan kebebasan..
Para ulama di negara-negara Islam yang lebih takutkan cambukan penguasa kejam lebih daripada kemarahan Allah terhadap penindasan yang berlaku di bumi..
Mereka bahkan tidak ragu untuk meletakkan tangan mereka bersama tangan pemerintah zalim yang memerah rakyatnya dan memastikan mereka tidak akan merasai nikmat kebebasan; dan kemuliaan..

Islam yang tersebar hari ini adalah Islam yang melindungi orang-orang berkuasa dan bukan golongan lemah serta menitikberatkan pada penampilan luar; dan bukan isinya.
Ramai daripada ulama sesat dan menyesatkan ini mentafsirkan hadis tentang orang-orang asing di atas, yang jelas dalam konteks akhir zaman, bermaksud bahawa diri mereka; dan pengikut mereka sebagai orang-orang asing yang diberkati kerana mereka berpegang kepada tradisi; dan “Sunnah” manakala orang-orang lain adalah jiwa-jiwa hanyut yang mengabaikan Islam kerana tidak mematuhi ajaran mereka.

Tetapi hadis berikut memberikan kita jawapan yang berbeza:
Nabi Muhammad SAW berkata: Akan datang suatu masa ke atas manusia apabila tiada apa yang tinggal di dalam Islam kecuali namanya dan tiada apa yang tinggal di dalam Al-Quran kecuali kalimatnya. Masjid-masjid mereka dihias indah tetapi sepi dari petunjuk. Para ulama mereka akan menjadi orang-orang yang paling jahat di bawah Langit; fitnah akan datang daripada mereka dan kembali kepada mereka”. (Misykat Al-Masabih 1/91, Hadis 276).

Tidakkah anda sedar bahawa Nabi SAW berkata masjid-masjid sepi dari “petunjuk” bukan kosong dari “manusia”?. tidakkah anda sedar bahawa orang-orang yang telah kehilangan agama dan sesat, “orang-orang yang paling jahat” ini bukan pendosa bukan pemabuk bukan orang yang tidak berhijab, bukan bukan bukan, sepertimana yang sering diseru berterusan oleh para ulama arus perdana apabila bercakap tentang akhir zaman?
...ia adalah mereka!!
Ia adalah majoriti ulama sesat akhir zaman yang menyesatkan manusia dan memutarbelitkan Islam, bukan sahaja Islam tetapi semua agama suci.

Jika anda melihat kembali dan merenung kisah-kisah para Nabi; dan Rasul, anda akan tiba pada kesimpulan yang sama. Orang-orang yang memerangi para Nabi dan Rasul dahulu; dan memutarbelitkan seruan Ilahi ini memang bukannya manusia biasa atau penyembah berhala, sebaliknya mereka adalah ahli hukum Taurat, para ulama; dan mudir, tokoh-tokoh agama pada masa itu.

Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) di dalam khutbah Haji berkata:
“Adakah kamu bertanya kan Al-Quran mengenai para ulama bahawa apabila seorang nabi atau wasi diutuskan, apakah sikap/pendirian mereka yang tidak pernah berubah?. Adakah kamu bertanya Al-Quran siapa yang menyalakan api untuk Ibrahim dan ingin membunuh Isa; dan siapa yang memerangi Nuh, Hud, Saleh, Syuaib, Musa, Yunus; dan semua nabi; dan wasi?
Jika kamu tidak berlaku adil pada dirimu dan tidak menjawab soalan ini sekarang, maka sesungguhnya kamu akan menjawabnya di dalam api neraka dengan jawapan
{Dan mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi para pemimpin kami dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.} (Al-Ahzab: 67)"

Dan Isa (a.s) memberitahu kita seperti yang disebut oleh Imam Ahmad Al-Hassan di dalam kitab Al-‘Ijil (Anak lembu):
Dan aku memberitahu kamu apa kata Isa (a.s) kepada para ulama Yahudi yang sombong dan tidak beramal, {Celakalah kamu!. Kamu telah menutup Kerajaan Syurga di hadapan manusia dan kamu tidak akan masuk ke dalamnya; dan kamu juga tidak membenarkan mereka masuk.}.

Jadi jika orang asing yang diberkati ini jelas bukan para ulama akhir zaman, maka siapakah mereka ini? Adakah terdapat sebutan lain mengenai mereka atau petunjuk dalam riwayat daripada Nabi SAW atau keturunannya yang suci? Mujurlah terdapat beberapa hadis:
Dari Abu Bashir, Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Islam bermula asing dan akan kembali asing seperti mana ia bermula, maka berilah khabar gembira kepada orang-orang yang asing, lalu aku berkata: Tolong jelaskan ini kepadaku, semoga Allah memberimu kebaikan, lalu beliau (as) berkata: Seorang penyeru dari kami akan memulakan seruan baru, seperti seruan rasullah (saw)." (Ghaibah Al-Nu’mani, ms.337; Bihar Al-Anwar Jilid 52, ms.366)

Jadi siapakah penyeru daripada keturunan suci Nabi SAW ini?
Imam Al-Baqir (a.s) berkata: “Apabila Qaim kami (Imam Mahdi) bangkit, dia menyeru manusia kepada perkara yang baru sepertimana yang Rasulullah SAW lakukan dan Islam bermula asing; dan akan kembali asing maka berilah khabar gembira kepada orang-orang yang asing”.(Ghaibah Al-Nu’mani, ms.336; Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.366)
Dan dari Imam Ash-Shodiq (a.s): Al-Qaim (a.s) melakukan apa yang Rasulullah SAW telah lakukan, beliau memusnahkan apa yang sebelumnya jahiliyah dan memulakan Islam yang baharu. – Ghaibah Al-Nu’mani, ms.336; Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.352
Dan beliau (a.s) berkata: "Apabila Al-Qaim bangkit dia datang membawa perkara yang berbeza daripada dahulu" – Ghaybat AlToosi ms 307

Proceed bitterness truth .jpg

Adakah anda melihat sekarang kenapa Islam akan menjadi asing?. Kerana ia adalah Islam baru yang dibawa oleh anak dan utusan Nabi Muhammad; dan keturunannya yang suci Imam Mahdi yang akan membina semula Islam Muhammad yang sebenar. Ia adalah Islam yang tidak dikenali, baru dan revolusioner; dan meledakkan ilmu pengetahuan baru yang belum diketahui lagi oleh umat manusia.
Rasulullah SAW berkata: "Sekalipun seluruh tempoh kewujudan di dunia telah luput dan hanya satu hari berbaki (sebelum Hari Pengadilan), Allah akan memanjangkan hari tersebut kepada suatu masa yang panjang, untuk menempatkan kerajaan seseorang daripada Ahlulbaitku yang akan dipanggil dengan namaku. Dia akan memenuhi bumi dengan kedamaian dan keadilan sepertimana ia telah dipenuhi dengan ketidakadilan; dan kezaliman (sebelumnya." Sahih Al-Tirmidzi, Jilid 2, ms.86, Jilid 9, ms.74-75; Sunan Abu Dawud, Jilid 2, ms.7; Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Jilid 1, ms.84, 376; Jilid 3, ms.63
Dan dari Imam Ash-Shodiq (a.s): "Terdapat 27 huruf ilmu. Ilmu yang telah diturunkan hingga masa kini melalui semua Nabi (a.s) adalah tafsiran bagi hanya 2 huruf dari huruf-huruf tersebut. Apabila Qaim kami (a.s) bangkit, maka Allah akan menerangkan baki 25 huruf lagi, dan akan menambah dua huruf yang telah diberikan tadi. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan dari semua 27 huruf tersebut akan menjadi sempurna."

Jadi, siapakah orang-orang asing yang diberkati pada zaman ini selain daripada sedikit orang yang tertindas yang beriman sepenuh hati pada janji Allah dan semua para Nabi; dan Rasul; dan berkumpul di sekeliling Imam Mahdi (a.s) bagi mendukung beliau untuk bangkit menentang penzalim terburuk yang pernah muncul di bumi?
Orang-orang yang tidak pernah meragui sekali pun dengan kedatangan Imam Mahdi (a.s) dan hidup di dalam ketakutan untuk dicederakan kerana keimanan mereka, sementara yang lain ragu-ragu, terlupa, mengejek; dan mencaci.
Mereka mengenali kebenaran ini dan tunduk kepadanya dengan keimanan yang tidak bergoyang bahawa tidak ada daya; dan upaya melainkan dari Allah.

Dan hari ini Al-Qaim daripada aali Muhammad ada bersama kita, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang membuktikan untuk mereka yang sedikit ini dan berkata:
"Aku tidak bersendirian tetapi bersamaku ada sekumpulan kecil mukmin bahawa aku memiliki penghormatan, seluruh penghormatan, untuk berkhidmat Mereka membawa kebenaran di dalam hati mereka dan berjalan kepada Allah, kepada Cahaya; dan tidak akan berpuas hati kecuali dengan cahaya yang tidak mempunyai kegelapan." Khutbah Haji, Ahmad Al-Hassan (a.s).

Semoga sejahtera dan rahmat yang berkekalan dilimpahkan ke atas Al-Qaim daripada aali Muhammad, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s).
Dan semoga Allah merahmati orang-orang yang asing ini…