Pemulihan Islam yang Di Luar Jangkaan

Daripada Ahmed Al-Hassan (ms).
Lompat ke: pandu arah, cari
Hand earth.jpg

Apabila Al-Qaim (as) muncul, dia akan memerangi semua bidaah, dan akan mengembalikan kebenaran agama, membawa begitu banyak ilmu yang akan mengejutkan seluruh dunia…

Atas sebab ini, pada awal misinya, ramai orang akan berfikir dia membawa agama baru. Ramai yang akan menentang Imam Mahdi (as) dengan menolak wasinya Ahmad Al-Hassan (Pemimpin Panji Hitam dari Timur) bukan kerana mereka gagal untuk mengenali identitinya, tetapi, kerana penolakan mereka terhadap syariat asal agama yang beliau (as) bawa kembali, kerana mereka terlepas pandang riwayat hadith, dan kerana mereka lebih suka untuk mengikuti idea dan pendapat ciptaan manusia dalam hal agama.

Maka itu kepada semua orang yang mengejek atau menghina ilmu baru yang disampaikan oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as), di dalam Black Banners Series (khususnya dari Episod 9 dan seterusnya):

Apa yang membuatkan kamu menafikan atau mengejek ilmu ini?
Sebabnya ialah ilmu ini adalah ilmu yang baru dan sama sekali berbeza dari apa yang manusia telah pelajari dan tahu.

Bukankah Imam Sadiq (as) berkata, "Terdapat 27 huruf ilmu. Ilmu yang diturunkan setakat ini melalui semua Nabi (as) hanyalah tafsiran dari 2 huruf tersebut. Apabila Qaim kami (as) bangkit, Allah akan mendedahkan baki 25 huruf lagi, dan akan menambahnya dengan dua huruf yang telah diberi tadi. Dengan itu, ilmu dari semua 27 huruf tersebut menjadi lengkap."?

Islam gharib.jpg

Dan bukankah beliau juga berkata "Ilmu kami adalah kitab tersembunyi pada lembaran yang terbuka… ia yang mejadi milik kami, Jafr Abyad, Jafr Ahmar, Jafr Akbar dan Jafr Asghar yang akan menemani Imam Mahdi di Akhir Zaman dan Imam adalah satu-satunya orang yang mengetahuinya dengan sempurna." – Hasan Zadeh Amuli, Hasan, ‘Uyun Mas ‘il al-Nafs wa Syarh al-‘Uyun fi Syarh al-‘Uyun, ms. 778, Amir Kabir, Teheran, 1385 (solar)


Hadith Ahlul Bait mengenai perkara baru yang muncul bersama Al-Qaim

Nota: Gelaran “Qaim” atau “Mahdi” merujuk kepada Imam Al-Mahdi (as) dan wazirnya Imam Ahmad Al-Hassan secara serentak kerana Al-Yamani adalah tangan kanan Imam Mahdi (as) dan bertindak bagi pihaknya, beliau juga adalah Mahdi pertama dari para Mahdi, dan dengan itu adalah Qaim dari keluarga Muhammad.

Al-Qaim datang dengan perkara baru

Something different than what was.jpg
  • Imam Al-Baqir (as) berkata: "Apabila Qaim kami bangkit, dia akan menyeru manusia kepada suatu perkara yang baru, sama seperti seruan Rasulullah (sawas). Dan sesungguhnya, Islam bermula sebagai sesuatu yang asing, dan ia akan kembali sebagai sesuatu yang asing, maka khabar gembira kepada orang-orang yang asing." - Ghaibat Al-Nu’mani ms 336, Bihar Al-Anwar Jilid 52 ms366
  • Imam Al-Sadiq (as) berkata mengenai Al-Qaim (as): "Apabila pemilik pedang itu muncul, dia datang bersama sesuatu yang berbeza dari apa yang di sebelumnya." - Al-Kafi Jilid 1 ms 536
  • Dan beliau (as) berkata: "Apabila Al-Qaim muncul dia datang bersama suatu perkara yang berbeza dari apa yang sebelumnya." – Ghaibat Al-Tusi ms 307

Al Qaim datang dengan buku baru

Qaim rises with new matter.jpg
  • Imam Ahmad Al-Hassan (as) menyebut dalam Kitab Al Ijil (The Calf):
    Abu Ja’far (Imam Al-Baqir) (as) berkata: "Al-Qa'im bangkit bersama suatu perkara baru dan buku baru dan peraturan baru, yang akan menjadi kesukaran bagi orang Arab. Urusannya tidak akan terjadi melainkan dengan pedang, لا يستتيب أحداً, dan dia tidak takut kepada celaan sesiapa pun." - ms 238 Ghaibat al-Nu’mani, Bihar al-Anwar Jilid 52 ms 354
  • Amirul Mukminin Imam Ali (as) berkata dalam satu khutbah yang panjang: 
"…dan dia bentangkan kepada manusia sebuah buku baru, dan ia adalah sukar dan berat ke atas orang-orang kafir. Dia menyeru manusia kepada suatu perkara, sesiapa yang mengakuinya akan terpimpin, dan sesiapa yang menolaknya akan tersesat. Maka celaka, dan seluruh kecelakaan, kepada sesiapa yang menolaknya…" - Ilzam Al-Nasib 2/174-190
Rule will not ask evidence or proof.jpg
  • Imam Al-Sadiq (as) berkata: "Seolah-olah aku sedang melihat pada Al-Qaim di atas mimbar Al-Kufah, dan di sekelilingnya adalah para sahabatnya, 313 orang, bilangan yang sama seperti para ahli Badar, dan mereka adalah sahabat pilihan dan mereka adalah penguasa dari Allah di bumiNya terhadap makhlukNya, sehingga Al-Qaim mengeluarkan dari Qubanya sebuah buku yang dimeterai dengan meterai emas, ia adalah satu perjanjian/sumpah daripada Nabi Allah (sawas) lalu mereka menjadi begitu takut terhadapnya seperti ketakutan domba bisu. Dan tidak ada yang kekal bersamanya, melainkan seorang Wazir dan 11 ketua seperti mana orang yang kekal bersama Musa Ibn Imran (as) dan mereka keluar di bumi dan mereka tidak menemukan cara untuk lari daripadanya, lalu mereka kembali kepadanya, dan sesungguhnya aku tahu kata-kata yang dia ucapkan kepada mereka yang mereka tidak mempercayanya!" – Imam Ahmad Al-Hassan, Al Ijil ms 184

Al-Qaim datang dengan peraturan baru

  • Dan dalam hadith dari Al-Baqir (as): "Al-Qaim akan memerintah dengan peraturan yang akan ditolak oleh sebahagian sahabatnya yang berjuang dengan pedang bersamanya, dan ia adalah peraturan Adam (as), lalu dia akan membawa mereka keluar dan memenggal leher mereka, kemudian dia akan memerintah dengan yang kedua, lalu ia akan ditolak oleh manusia lain yang berjuang dengan pedang bersamanya dan ia adalah peraturan Daud (as), lalu dia akan membawa mereka keluar dan memenggal leher mereka, kemudian dia akan memerintah dengan yang ketiga, lalu dia akan ditolak oleh manusia lain yang berjuang dengan pedang bersamanya, dan ia adalah peraturan Ibrahim (as), lalu dia akan membawa mereka keluar dan memenggal leher mereka, kemudian dia akan memerintah dengan yang keempat, dan ia adalah peraturan Muhammad (sawas), lalu tiada siapa pun yang akan menolaknya." - Bihar al-Anwar Jilid 52 ms 389
  • Dan Al-Baqir (as) berkata: "Sesungguhnya dia dinamakan Al-Mahdi (yang terpimpin) kerana dia memimpin kepada satu perkara yang tersembunyi, begitu sekali sehingga dia akan membawa seorang lelaki untuk dibunuh [walaupun] manusia tidak tahu apa-apa dosa lelaki itu." - Bihar al-Anwar Jlid 52 ms 389

Al-Qaim memulihkan Islam

  • Ibn Atta berkata: Aku bertanya Abu Ja’far Al-Baqir (as) dan berkata: "Apabila Al-Qaim (as) bangkit, bagaimana ia bergerak di kalangan manusia?" Lalu dia (as) berkata: "Dia binasakan apa yang sebelumnya, seperti mana yang Rasulullah (sawas) lakukan, dan dia memulihkan Islam semula." – ms 236 Ghaibat Al-Nu’mani, Bihar Al-Anwar Jilid 52 ms 352
Qaim demolishes what has preceeded him.jpg
  • Abu Abdullah (as) berkata: "[Al-Qaim] lakukan apa yang Rasulallah (sawas) telah lakukan; dia musnahkan apa yang sebelumnya, seperti mana Rasulullah (sawas) musnahkan perkara Jahiliyah, dan dia memulihkan Islam semula." – ms 336 Ghaibat Al-Nu’mani, Bihar Al-Anwar Jilid 52 ms 352
  • Dari Abi Bashir, Imam Al-Sadiq (as) berkata: "Islam bermula asing dan akan kembali asing seperti mana ia bermula, maka berilah khabar gembira kepada orang-orang yang asing, lalu aku berkata: tolong jelaskan ini kepadaku, semoga Allah memberimu kebaikan, lalu dia (as) berkata: Seorang penyeru dari kami membuat seruan baru, seperti seruan Rasulallah (sawas)." - Ghaibat Al-Nu’mani ms 337, Bihar Al-Anwar Jilid 52 ms 366
  • Muhammad Ibn Ijlan meriwayatkan:
    Imam Al-Sadiq (as) berkata, "Apabila Qaim kami muncul dia akan menyeru manusia kepada Islam baru dan akan membimbing mereka kepada perkara-perkara yang telah dihapuskan yang telah membuat manusia berpaling darinya. Dia dipanggil Mahdi kerana dia akan membimbing manusia kepada perkara yang mana mereka telah dipisahkan. Dia dipanggil Al-Qaim kerana kebangkitannya demi kebenaran." – Al-Irshad Jilid 2, ms 383; Bihar al-Anwar Jilid 51, ms 30, hadith 7
  • Dari Nahjul Balaghah: "Pemimpin orang-orang beriman (sawas) berkata: "Mereka mengikut jalan salah dan pergi ke kanan dan kiri, meninggalkan hadith-hadith mereka yang membimbing… Wahai manusia, inilah masanya apabila semua janji menjadi kenyataan, apabila kedatangan seorang yang tidak dikenali kepadamu adalah dekat. Perhatilah bahawa dia yang muncul dari kalangan kamu akan menyusuli mereka dengan cahaya terang pada masa-masa yang paling sukar ini…" – Bihar al-Anwar, Jilid 51, ms 186
  • "Abdullah Ibn Ata berkata: Aku bertanya Imam Abu Jaffar Muhammad Al-Baqir (as): "Katakan kepada kami tentang Al-Qaim…" Dia Berkata: : Dia akan mengikut jalan Rasulullah (sawas), dia akan menghapuskan perkara sebelumnya dan datang dengan sesuatu yang baru." – Sheikh Muhammad Ibn Ibrahim Nu’mani, Al-Ghaibah al-Nu’mani, ms 216
  • Dalam Al-Futuhat Al-Makkiyyah (Pembukaan Mekah), disebutkan: "… Dia akan memulihkan agama dan menghidupkan Islam semula. Maka, Islam akan berasa bangga kerana memilkinya selepas keruntuhannya, dan akan bangkit semula. Dia akan menetapkan hukuman dan menyeru untuk membai'ah Allah melalui pedang; sesiapa yang menolak untuk patuh akan dibunuh dan sesiapa yang memerangnya akan gagal. Dia akan menyinari agama seperti mana ia sendirinya, seolah-olah Rasulullah sendiri yang memimpinnya. Dia akan menghapuskan semua firkah dari Bumi agar hanya satu agama tulen yang kekal. Musuhnya akan terdiri dari kalangan fukaha’ dan ulama kerana pendapat mereka mengenai hukum yang mana berlawanan dengan Imam mereka. Akan tetapi, mereka akan dipaksa untuk mengikut pemerintahannya, kerana mereka berasa takut pada pedang dan kekuasaannya dan iri hati terhadap apa yang dia miliki. Kaum awam dari umat Islam akan merasa lebih gembira untuk menerimanya berbanding golongan elit mereka. Orang-orang yang benar yang mengenal Allah Yang Maha Kuasa akan membaiahnya melalui kesaksian, pernyataan dan ucapan suci." – Bisharat Al-Islam, ms. 297
  • Diriwayatkan dari Fazal dari Abdulrahman dari Ibn Abu Hamzah dari Abu Basir dari Imam Ja’far Al-Sadiq (as) bahawa dia berkata: "Al-Qaim (as) akan merobohkan Masjid al-Haram hingga ia kembali kepada bentuk silamnya dan dia juga akan mengembalikan Masjid Nabi (Masjidul Nabawi) kepada binaan asalnya dan dia akan mengembalikan Kaabah yang Suci ke lokasinya dan mendirikannya di atas tapaknya sendiri. Dia akan memotong tangan Bani Syaibah dan menggantungnya pada Kaabah kerana mereka adalah pencuri Kaabah." - Ghaibat Tusi

Petikan daripada Ahmad Al-Hasan

  • Imam Ahmad Al-Hassan, Mutasyabihat, Bhg 3 ms 175
    "Question 105: Soalan 105: Sunnah Imam Al-Mahdi (as) adalah sunnah para nabi dan rasul, begitu juga apa yang Imam (as) atau utusannya lakukan atau perintahkan para sahabatnya atau sebahagian manusia terhadap beberapa perkara yang zahirnya diharamkan (muharrama) – seperti dalam Surah al-Kahf – dan bagaimana boleh diketahui bahawa ia adalah perkara bathin dan sah?"
    Jawapan:
    "Ya, Ya, Imam Al-Mahdi (as) akan melakukan banyak perkara yang sebahagian manusia, termasuk sebahagian sahabatnya, akan berfikir bahawa ia bertentangan dengan syariah, seperti mana yang disebut dalam beberapa riwayat dari Ahlul Bait (as) bahawa dia akan memerintah dengan peraturan beberapa nabi terdahulu (as) dan sebahagian Ansarnya akan menentangnya.
    Dan ia akan dikenali sebagai satu perkara yang sah, kerana orang yang melakukannya adalah Imam Al-Mahdi (as), dan jika perkara itu meragukan seseorang, dia boleh kembali kepada petunjuk dari kebingungan; dan Dia Yang Maha Kuasa di langit dan di bumi, Yang Maha Mulia, Maha Tinggi (swt) menunjukkan kepadanya perkara itu melalui rukyah atau sebarang cara di antara dia dan Allah (swt)."
  • Imam Ahmad Al-Hassan, Mutasyabihat, soalan 72
    "Ahlul Bait (as) telah menjelaskan dalam riwayat-riwayat tentang kisah Dhul Qarnain, dan perkara yang paling penting mengenainya adalah Dhul Qarnain zaman ini adalah Al-Qaim.” Sehingga beliau berkata:
    "Dan kata-kata Amirul Mukminin (as) "dan ada kesamaan baginya di kalangan kamu” dia maksudkan Al-Qaim, kerana dia akan menyeru manusia lalu mereka berkata kepadanya Pergilah Wahai anak Fatimah, kemudian dia akan menyeru mereka pada kali kedua lalu mereka berkata kepadanya Pergilah Wahai anak Fatimah, dan pada kali ketiga Allah akan meredhainya dengan leher mereka, maka dia akan membunuh mereka sehingga Allah swt redha, dan sehingga salah seorang yang rapat dengannya berkata: kamu menakut-nakutkan manusia seperti domba!” dan sehingga manusia berkata: ini bukan dari keluarga Muhammad (as) dan jika dia dari keluarga Muhammad (as), dia akan mempunyai belas kasihan” sama seperti yang diriwayatkan darinya (as)."

Kewajiban keatas anda

Investigate.jpg

Menjadi kewajiban atas setiap orang untuk mengkaji dengan teliti jalan yang membawa mereka kepada Allah swt, Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah Al-Qaim dari keluarga Muhammad (as), dan pemimpin Panji Hitam dari Timur dan wajib atas setiap mukmin untuk mengkaji perkara ini dan kembali kepada Allah swt.


Orang yang menafikan atau mengejek ilmu baru yang disampaikan oleh Imam (as): 
Adakah anda telah mengkaji dan menyelidik sendiri terlebih dahulu tentang the proofs of the Call of Imam Ahmed Al-Hassan (as)? Adakah anda memohon pada Allah (swt) mengenai beliau (as) sebelum anda mempersenda kata-kata beliau? {Sesungguhnya mereka menolak kebenaran itu setelah ia datang kepada mereka, kelak mereka akan tahu berita (kebenaran) apa yang mereka persendakan itu.} – Al-Quran Surah Al-An‘am 6: 5