Peraturan untuk Mengenali Khalifah (Hujjah) Allah

Daripada Ahmed Al-Hassan (ms).
Lompat ke: pandu arah, cari
Worship is knowing the caliph.jpg

Allah Yang Maha Kuasa, , Maha Bijaksana sentiasa melantik khalifah di bumiNya yang membimbing manusia kepadaNya (swt). Dan dengan rahmatNya, Dia (swt) telah memberikan kita peraturan universal untuk mengenal pasti wasi Nya di bumi pada setiap zaman.

Tuhan Yang Maha Kuasa, dan Maha Bijaksana memberitahu manusia tentang 3 persyaratan suci yang perlu dipenuhi bagi khalifah yang dilantik, yang terkandung di dalam "Peraturan untuk Mengenali Al-Hujjah" maksudnya bukti personifikasi dari Allah di bumiNya:

1. Wasiat: Tidak ada khalifah ilahi yang wafat tanpa melantik penggantinya. Orang yang mendakwa, oleh itu mesti disebutkan dalam wasiat pendahulunya.

2. Ilmu Langsung dari Tuhan: Setiap nabi dan rasul mempunyai ilmu secara langsung dari Tuhan yang membolehkannya mentadbir bumi ini. Setiap orang yang mengaku diutuskan oleh Tuhan, mampu menjawab setiap persoalan dan misteri yang diketahui dan tidak diketahui oleh manusia.

3. Seruan kepada Panji Kemahatuanan Allah (kemahaagungan Tuhan): Utusan Tuhan berbicara atas nama Tuhan. Dia tidak menyeru manusia kepada dirinya seperti mana para ulama yang tidak beramal, tetapi mesti memimpin manusia kepada tauhid sebenar dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah.

Imam Ahmed Al-Hassan (as) memenuhi tiga persyaratan yang disebutkan di atas kerana beliau mengemukakan the will of Prophet Muhammed (sawas), beliau sentiasa menyebarkan God-given knowledge, dan menyeru kepada Supremacy of God (swt) meaning true monotheism under the Banner of the Supremacy of Allah.
Justeru '‘Peraturan untuk Mengenali Al-Hujjah' ini membuktikan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah khalifah maksum dari Tuhan pada zaman kita, yang mana membaiahnya adalah wajib. Sekiranya terbukti bahawa beliau adalah maksum, maka kamu perlu tunduk kepadanya. Permintaan kami adalah kenali Imam Maksum pada zaman ini dan patuhilah dia.

'Peraturan untuk Mengenali khalifah Tuhan’ di dalam Al-Quran

'Peraturan untuk Mengenali Hujjah Tuhan, disebutkan di dalam al-Quran, di mana khalifah pertama Allah di bumi ini ditetapkan melalui peraturan ini, dan ia adalah peraturan tentang cara untuk mengenali khalifah Allah dan Al-Hujjah ke atas makhukNya. Ia adalah peraturan untuk mengenali Tuhanmu, kerana dengan mengenali Hujjah Allah, Allah (swt) akan dikenali.

Oleh itu mari kita lihat ayat-ayat yang menyebut tentang pelantikan khalifah pertama Allah (swt) di bumi Nabi Adam (as) dalam Al-Quran:

{Ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka berkata "Adakah Engkau akan menjadikan di atasnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikanMu, memujiMu dan memuliakanMu?" Allah berkata, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.} - Al-Quran, Al-Baqarah: 30

Dan hakikat bahawa khalifah ini adalah yang paling berilmu telah dijelaskan dalam ayat berikut:

{Dan Dia mengajarkan Adam nama-nama - semuanya. Kemudian Dia mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berkata, "Terangkanlah kepadaKu nama-nama ini, jika kamu adalah benar."} - Al-Quran, Al-Baqarah: 31

Dan perintah untuk tunduk kepada khalifah tersebut terdapat dalam ayat berikut, yang mengatakan:

{Maka setelah Aku telah menyempurnakannya dan meniupkan rohKu ke dalamnya, maka tunduklah kepadanya bersujud”} - Al-Quran, Al-Hijr: 29

Juga sesiapa yang merujuk kepada Taurat dan Injil akan mendapati banyak ayat yang amat menepati Peraturan Al-Quran ini, yang menyatakan bahawa khalifah Allah dikenali melalui tiga perkara tadi.
Jadi siapakah wasi Nabi (sawas), dan siapakah yang paling berilmu selepas Nabi Allah, dan siapakah orang yang Nabi Allah telah perintahkan manusia untuk taat?
Mesti ada seseorang yang mempunyai tiga perkara ini, jika tidak, sesiapa yang berkata tidak ada, telah menuduh Tuhan kurang bijaksana. Menjadi kewajiban atas setiap individu untuk mencari jawapan bagi soalan ini. Dan semoga manusia berlaku adil pada diri mereka sendiri.

'Peraturan untuk Mengenali Khalifah Tuhan’ di dalam Injil dan Taurat

Petikan-petikan berikut dari Injil membuktikan bahawa para nabi dan rasul (as) menegaskan semua tiga perkara dalam Peraturan Ilahi ini, untuk membuktikan kesahihan dan kebenaran mereka.

Wasiat: Para Nabi yang melantik atau menubuat para pengganti mereka secara langsung

Setiap orang yang mencari kebenaran, akan menemui banyak bukti bahawa para nabi dan rasul benar-benar melantik para pengganti mereka.

Sebelum kita pergi kepada contoh para nabi yang melantik pengganti mereka secara langsung dengan menamakan mereka, mari kita lihat hadith menarik yang tidak diketahui ini yang melakarkan 'prinsip tentang wasiat pengantian' :

"Diriwayatkan dari Abu Abdullah bahawa Imam Jaafar Al-Sadiq (as) berkata:

Rasulallah (sawas) berkata: Aku adalah Tuan para nabi dan wasiku adalah Tuan para Wasi, dan para wasinya adalah Tuan-tuan bagi para wasi. . Adam (as) meminta Allah mengadakan untuknya seorang wasi terpuji lalu Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Adam, Aku telah memuliakan para Nabi dengan kenabian kemudian Aku memilih makhlukKu dan menjadikan yang terbaik daripada mereka sebagai wasi-wasi...
Lalu Allah SWT mewahyukan kepadanya: Wahai Adam wasiatkan kepada Seth, maka Adam mewasiatkan kepada Seth dan dia adalah Hibbatullah, anak kepada Adam.
Kemudian Seth mewasiatkan kepada anaknya Shabban, dia adalah anak kepada Nazla, wanita baik yang Allah telah turunkan dari syurga kepada Adam untuk dikahwinkan dengan anaknya Seth. Shabban mewasiatkan kepada Mujalith, dan Mujalith mewasiatkan kepada Mahuq dan Mahuq mewasiatkan kepada Ghathmisha..., dan Ghathmisha mewasiatkan kepada Akhnukh iaitu Nabi Idris (as), dan Idris mewasiatkan kepada Nahur, dan Nahur memberikannya kepada Nabi Nuh (as), dan Nuh mewasiatkan kepada Sam, dan Sam mewasiatkan kepada Athamir, dan Athamir mewasiatkan kepada Barithasha, dan Barithasha mewasiatkan kepada Yafith, dan Yafith mewasiatkan kepada Birra, dan Birra mewasiatkan kepada Javsih, dan Javsih mewasiatkan kepada Umran..., dan Umran memberikannya kepada Ibrahim Teman yang Maha Pengasih, dan Ibrahim mewasiatkan kepada anaknya Ismail, dan Ismail mewasiatkan kepada Ishak, dan Ishak mewasiatkan kepada Ya’qub, dan Ya’qub mewasiatkan kepada Yusuf, dan Yusuf mewasiatkan kepada Bathriya, dan Bathriya mewasiatkan kepada Shuaib (as), dan Shuaib memberikannya kepada Musa ibn Imran (as), dan Musa ibn Imran (as) mewasiatkan kepada Yusya’ ibn Nun..., dan Yusya’ ibn Nun mewasiatkan kepada Daud (as), dan Daud (as) mewasiatkan kepada Sulaiman (as), dan Sulaiman mewasiatkan kepada Asif ibn Barkhiya, dan Asif ibn Barkhiya mewasiatkan kepada Zakaria (as), dan Zakaria memberikannya kepada Isa ibn Mariam (as) dan Isa mewasiatkan kepada Shamun ibn Hamun Al-Safa, dan Shamun mewasiatkan kepada Yahya ibn Zakaria, dan Yahya ibn Zakaria mewasiatkan kepada Munthir, dan Munthir mewasiatkan kepada Sulaimah, dan Sulaimah mewasiatkan kepada Bardah..."

Kemudian Rasulullah berkata: dan Bardah memberikannya kepadaku, dan aku memberikan kepadamu wahai Ali, dan engkau memberikannya kepada wasimu, dan wasimu memberikannya kepada wasi-wasimu daripada anak-anakmu, satu demi satu sehinggalah ia diberikan kepada yang terbaik dari kalangan manusia di bumi selepasmu. Manusia akan ingkar kepadamu dan mereka akan amat bersalahan denganmu. Sesiapa yang kekal di sisimu seumpama orang yang taat denganku, dan yang menyimpang daripadamu adalah di dalam neraka, kerana neraka adalah tempat tinggal orang-orang kafir." - Al-Amali oleh Syeikh Al-Saduq: ms.486

Sekarang mari kita lihat beberapa contoh yang terkenal...

Musa (as) melantik Yusya’ (as)

{14 Maka Tuhan berkata kepada Musa, Lihatlah, hari-harimu mendekat bahawa engkau pasti mati: panggillah Yusya’ dan tampilkan dirimu di dalam khemah pertemuan, agar Aku memberinya perintah. panggillah Yusya’ dan tampilkan dirimu di dalam khemah pertemuan, agar Aku memberinya perintah. 15 Lalu Tuhan muncul di khemah itu dari tiang awan: Dan tiang awan itu tegak berdiri di pintu khemah tersebut.} - Kitab ke-5 Musa (Deuteronomy), Bab 31

Daud (as) melantik Sulaiman (as)

{32 Dan Raja Daud berkata, Bawa kepadaku rahib Zaduk, dan Nabi Natan dan Benaya ibn Yuhada. Dan mereka datang menghadap raja. 33 Raja berkata kepada mereka, Bawa bersama para pelayan Tuanmu, dan suruh anakku Sulaiman untuk menunggang keldaiku, dan bawa dia ke Gihon: 34 Dan biarkan rahib Zaduk, dan Nabi Natan menabalkan dia di sana sebagai raja bagi Israel: dan tiupkan nafiri, dan katakan, Tuhan pelihara raja Sulaiman. 35 Kemudian kamu akan datang sesudahnya, agar dia boleh datang dan duduk di atas takhtaku; kerana dia akan menjadi raja menggantikanku: dan aku telah melantiknya menjadi raja bagi Israel dan bagi Judah. 36 Dan Benaya ibn Yuhada menjawab raja dan berkata, amin: Tuhan kepada tuanku raja mengucapkan yang sama. 37 Kerana Tuhan telah berada bersama tuanku raja, begitu juga Dia ada bersama Sulaiman, dan menjadikan takhtanya lebih besar dari takhta tuanku raja Daud.} - Kings 1, Bab 1

{2 Sekarang hari-hari Daud sudah dekat bahawa dia akan mati; dan dia perintahkan Sulaiman anaknya, dengan berkata, 2 Aku pergi ke seluruh bumi: maka kamu mesti kuat, dan menjadi lelaki sejati; 3 Dan pemelihara perintah Allah, Tuhanmu, berjalanlah di jalanNya, patuhi ketetapanNya, dan perintahNya, dan penghakimanNya, dan peringatanNya, sepertimana yang tertulis dalam syariat Musa, semoga kamu makmur dalam segala hal yang kamu lakukan, dan ke mana pun kamu halakan dirimu: 4 Agar Tuhan boleh meneruskan kata-kataNya yang Dia ucapkan mengenaiku, yang mengatakan: Jika anak-anakmu menuju ke jalan mereka, berjalan di hadapanKu dengan tulus sepenuh hati dan sepenuh jiwa mereka, kamu tidak akan gagal (dia berkata) seorang lelaki di atas takhta Israel.} - -. Kings 1, Bab 2

Musa (as) menubuatkan Isa (as) dan Muhammad (sawas)

Sebilangan nabi melantik pengganti mereka secara tidak langsung dengan menubuatkannya.

{1 Dan ini adalah rahmat, yang dengannya Musa, abdi Tuhan, merahmati bani Israel sebelum kematiannya. 2 Dan dia berkata, Tuhan datang dari Sinai, lalu muncul dari Seir kepada mereka; dia bersinar gemilang dari gunung Paran, dan dia datang bersama sepuluh ribu wali: dari tangan kanannya muncul undang-undang berkibar untuk mereka. 3 Ya, dia mencintai manusia; semua walinya berada di tanganmu: dan mereka duduk di depan kakimu; setiap orang akan menerima kata-katamu.} - 5. Kitab Musa (Deuteronomy), Bab 33

Dan kata-kata {lalu muncul dari Seir kepada mereka} merujuk kepada Isa (Yashua). Dan tiada siapa pun sebelum atau selepas Isa (as) datang dari tanah Seir. Oleh itu teks ini tidak boleh merujuk kepada orang yang selain Isa (as).

Dan Isa (as) berkata di dalam Injil:
{39 Teliti naskah-naskah itu; kerana di dalamnya kamu berfikir kamu akan hidup abadi: dan mereka adalah mereka yang memberi kesaksian terhadapku. 40 Dan kamu tidak akan datang kepadaku, untuk kamu beroleh kehidupan. 41 Aku tidak menerima penghormatan dari manusia. 42 Tetapi aku mengenalimu, bahawa kamu tidak ada kecintaan pada Allah dalam dirimu. 43 Aku datang atas nama Bapaku, namun kamu tidak menerimaku: jika orang lain datang dengan namanya sendiri, kamu akan menerimanya. 44 Bagaimana kamu boleh beriman, untuk mendapat penghormatan satu sama lain, dan yang tidak mencari penghormatan yang datang dari Allah semata-mata? 45 Jangan berfikir aku akan menuduh kamu kepada Bapa: ada seseorang yang mendakwa kamu, malah Musa, yang kamu imani. 46 Kerana jika kamu beriman kepada Musa, kamu tentu beriman kepadaku; sebab dia telah menulis tentang aku. 47 Tetapi jika kamu tidak beriman dengan naskah- naskah Musa, bagaimana kamu boleh beriman dengan kata-kataku?} - Kitab John, Bab 5

Dan perkataan {dia bersinar gemilang dari gunung Para} merujuk kepada Nabi Muhammad (sawas). Dan bukti ini tidak boleh merujuk kepada sesiapa pun yang datang sebelum atau selepasnya. Dan Muhammad, keluarganya, para Imam dan Mahdi (as) memetik wasiat dan teks ini sebagai bukti kebenaran mereka.

Yang Maha Kuasa berkata dalam Al-Quran:
{Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, "Wahai bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, mengesahkan apa yang datang sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira tentang seorang rasul yang akan datang sesudahku, namanya Ahmad." Tetapi apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Ini adalah sihir yang nyata."} - Al-Quran, As-Saff: 6

{Mereka yang mengikuti Rasul, nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam apa yang mereka miliki daripada Taurat dan Injil, yang menyeru mereka apa yang benar dan melarang mereka apa yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka apa yang baik dan mengharamkan mereka apa yang keji dan menghilangkan bebanan dan belenggu yang ada pada mereka. Maka mereka yang beriman dengannya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya - mereka adalah orang-orang yang beroleh kemenangan.} - Al-Quran, Al-A’raaf: 157

Yesaya (as) menubuatkan Isa (as) dan Pelipur Akhir Zaman

Yesaya (as) menubuatkan Isa sebagai penggantinya dan juga menjelaskan bahawa Isa datang sebagai pemberi khabar gembira tentang Juruselamat - yang dipanggil “Pelipur”. Kerana teks ini mempunyai dua makna: Yesaya memberitahu di dalamnya khabar gembira tentang Isa, serta khabar gembira tentang Pelipur - iaitu pelipur para nabi dan rasul (yang dia panggil "yang duka"), pada hari pembalasan dendam. Jadi, dia berkata:

{1 Roh Tuhan ada padaku; kerana Tuhan telah merestui aku, untuk menyampaikan khabar gembira kepada yang rendah hati; dia telah mengutusku untuk membalut hati orang yang luluh, untuk mengisytiharkan pembebasan kepada para tawanan, dan pembukaan penjara bagi mereka yang terpasung; 2 untuk mengisytiharkan tahun yang dirahmati Tuhan dan hari pembalasan dendam dari Tuhan kita; untuk menghiburkan hati semua orang yang meratap;} - Kitab Yesaya, Bab 61

Dan atas sebab ini Isa (as) menggunakan secara khusus sebahagian dari petikan Injil di atas untuk menunjukkan kebenaran seruannya. Dia hanya memetik bahagian yang berkaitan dengan misinya, dan meninggalkan bahagian lain, yang merujuk kepada nubuat Pelipur tersebut:

{16 Dan dia datang ke Nazaret, di mana dia telah dibesarkan: dan, sepertimana kebiasaannya, dia masuk ke kenisah pada hari Sabat, dan berdiri untuk membaca. 17 Dan di situ diserahkan kepadanya kitab nabi Yesaya. Dan apabila dia membuka kitab itu, dia mendapati tempat di mana ia tertulis, 18 Roh Tuhan ada padaku, kerana Dia telah merestuiku, untuk menyampaikan khabar gembira kepada orang miskin; dia telah mengutusku untuk menyembuhkan hati orang yang luluh, untuk mengumumkan pembebasan kepada para tawanan, dan memulihkan penglihatan orang buta, untuk membebaskan mereka yang tertindas, 19 Untuk mengumumkan tahun yang dirahmati Tuhan. 20 Dan dia menutup kitab itu, dan memberikannya kembali kepada biarawan, lalu duduk. Dan mata semua orang di dalam kenisah itu tertumpu kepadanya. 21 Dan dia mulai berkata kepada mereka, Hari ini adakah kitab ini terkabul pada telingamu.} - Kitab Lukas, Bab 4

Isa (as) mengakhiri dengan kata-kata {Untuk memaklumkan tahun yang dirahmati Tuhan}, kemudian dia menutup kitab itu sehingga ayat berikut: {dan hari pembalasan dendam Tuhan kita; untuk menghiburkan hati semua orang yang meratap}. Kerana bahagian ini adalah mengenai Pelipur, yang akan muncul di Akhir Zaman. Walaupun Isa membaca ayat tersebut, namun tidak menyebutnya sebagai bukti kebenarannya. Ya pada hari-hari terakhir seruannya (rujuk Jona, Bab 14, 15 dan 16) Isa mengumumkan khabar gembira tentang Pelipur tersebut, memberi amaran tentang hari pembalasan dendam yang mendatang, dan menjelaskan bahawa ini hanya akan berlaku apabila dia pergi {... kerana jika aku tidak pergi, Pelipur tersebut tidak akan datang kepadamu; tetapi jika aku pergi, aku akan mengutusnya kepadamu;}.

Dengan itu terbukti, bahawa kata-kata ini {dan hari pembalasan dendam Tuhan kita; untuk menghiburkan hati semua orang yang meratap} tidak berbicara tentang Isa (as) sendiri.

Ilmu: Adakah para nabi dan rasul menyebut ilmu dan kebijaksanaan mereka sebagai bukti kebenaran mereka?

Para nabi dan rasul menggunakan ilmu pengetahuan mereka di dalam Taurat sebagai bukti kebenaran mereka...
Terdapat banyak teks yang menyaksikan bahawa para nabi (as) memang menyebut ilmu dan kebijaksanaan mereka sebagai bukti. Ini berlaku pada Musa (as) dan kebijaksanaannya, Yusya’ (as), Daud dan Sulaiman (as) dan lain-lain.... serta Yusuf (as) dan Daniel (as), dalam dua contoh berikut:

Nabi Yusuf (as) menggunakan ilmu dan kebijaksanaannya untuk mentadbir manusia dan negeri

Khalifah Tuhan, Yusuf (as) mentafsir mimpi melalui ilmu yang diwahyukan.

Prophet Joseph Series dubbed in English, part 26

Dalam kitab Musa (Kejadian), Bab 41:
{1 Dan ketika hujung dua tahun penuh mendekat, Firaun bermimpi: dan, lihatlah, dia berdiri di tepi sungai. [...] 8 Dan ketika waktu pagi mendekat jiwanya resah; dan dia meminta dan memanggil semua ahli sihir di Mesir, dan semua bijak pandai di sana: dan Firaun menceritakan kepada mereka mimpi itu; tetapi tidak seorang pun dapat mentafsirnya kepada Firaun.}

... hinggalah Firaun memanggil Yusuf melalui saranan teman sepenjara Yusuf. . Maka Allah menjadikan mimpi tersebut sebagai alasan agar pimpinan Yusuf (as) menjadi jelas dan agar dia menjadi lebih unggul dari semua tukang telek dan ulama. Kerana dia mentafsir mimpi Firaun dan dengan itu membuktikan bahawa dia adalah utusan Tuhan. Ilmu pengetahuannya berdiri sebagai bukti terhadap hubungannya dengan Tuhan:

{15 Dan Firaun berkata kepada Yusuf: Aku telah mendapat satu mimpi, dan tidak ada seorang pun yang dapat mentafsirnya: dan aku telah mendengar kata-kata mengenaimu, bahawa kamu boleh memahami mimpi dan mentafsirkannya. 16 Dan Yusuf menyahut Firaun, dengan berkata: Ia bukan dariku: Tuhan akan memberi Firaun satu jawapan sejahtera.} - Genesis, Bab 41

Lalu Yusuf meneruskan hujah-hujahnya dan menunjukkan, bahawa ilmu tersebut, yang telah diberikan Allah kepadanya bukan sahaja meliputi tafsiran mimpi tetapi juga ilmu politik dan pentadbiran:

{33 Sekarang dengan itu, biarlah Firaun mencari seorang yang teliti dan bijaksana, dan mengangkatnya di atas tanah Mesir.} - 1. Kitab Musa (Genesis), Bab 41


Nabi Daniel membuktikan kebenarannya melalui ilmu pengetahuannya yang mencengangkan para ulama dan tetua pada zamannya

Nabi Daniel (a.s) mentafsir mimpi Nebuchadnezzar

Tuhan mengurniakan Raja Iraq satu rukyah, supaya dia boleh mengetahui ilmu pengetahuan Daniel (as) dan dia akan sedar bahawa Daniel berhubung dengan Tuhan. Raja Nebuchadnezzar melihat satu imej yang besar, lalu sebongkah batu yang dipotong dari gunung tanpa tangan memusnahkan imej tersebut, dan batu tadi membesar dan memenuhi seluruh bumi - Batu itu dikatakan di hari kemudian menjadi kerajaan Tuhan.

{1 Dan pada tahun kedua pemerintahan Nebuchadnezzar, dia mendapat mimpi, yang membuat jiwanya resah dan dia tidurnya terjaga. 2 Lalu raja memerintahkan para tukang tilik dan ahli nujum, ahli sihir dan para Kasdim (dukun) dipanggil, untuk mejelaskan kepada raja mimpinya tadi. Maka mereka datang dan berdiri di hadapan raja.} - Kitab Daniel, Bab 2

Dan tiada seorang pun ulama atau bijak pandai yang boleh mentafsir atau menjelaskan mimpi tersebut:

{12 Ini membuat raja berasa marah dan amat murka, dan memerintahkan untuk memusnahkan semua bijak pandai di Babylon. 13 Dan titah itu diteruskan bahawa para bijak pandai tersebut mesti dibunuh; dan mereka mencari Daniel dan teman-temannya untuk dibunuh.}

Hinggalah Daniel datang, dan menzahirkan ilmunya dan menunjukkan, bahawa ini adalah satu rukyah ilahi yang diilhamkan dan ilmunya mengenai hal itu juga adalah ilham ilahi. Dan mempunyai ilmu pengetahuan ini menjadi bukti Daniel berhubung dengan Tuhan dan dia diutuskan olehNya. Dan raja Iraq terpaksa akur dengan hal ini:

{27 Daniel menjawab di hadapan raja, dan berkata: Rahsia yang diminta oleh raja tidak mampu dijelaskan kepada raja oleh para bijak pandai, ahli nujum, ahli sihir, tukang tilik; 28 Tetapi ada satu Tuhan di langit yang menyingkapkan segala rahsia, dan memaklumkan kepada raja Nebuchadnezzar apa yang akan terjadi pada kemudian hari. Mimpimu dan rukyah di kepalamu di atas tempat tidurmu, adalah begini; […] 45 ... Tuhan yang Maha Agung telah memberitahu raja apa yang akan terjadi pada kemudian hari: mimpi itu benar dan tafsirannya juga pasti. 46 Lalu raja Nebuchadnezzar pun tersungkur, dan memuji Daniel, dan memerintahkan mereka untuk memberi anugerah khusus dan wangian kepadanya. 47 Raja menjawab kepada Daniel, dan berkata, Benar sekali, Tuhanmu adalah Tuhan segala tuhan dan Tuan segala raja, dan penyingkap rahsia, kerana kamu mampu membuka rahsia ini.}

Isa (as) menyebutkan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaannya sebagai bukti kebenarannya

Isa (as) menghujah lawannya, menjawab soalan-soalan mereka dan melepasi ujian mereka. Dan di sini beberapa petikan dari Injil:

{53 Dan berlakulah, setelah Isa menamatkan perumpamaan tersebut, dia pun pergi dari situ. 54 Dan apabila dia kembali ke negerinya sendiri, dia mengajar mereka di kinasah mereka, begitu sekali sehingga mereka tercengang dan berkata: Dari mana orang ini, dengan kebijaksaan ini, dan amal yang agung ini?} - Injil Matius, Bab 13

{21 Dan mereka pergi ke desa Kapernaum; dan bersempena hari Sabat dia masuk ke dalam kinasah, dan mengajar.} - Injil Markus, Bab 1

{1 Maka dia muncul dari situ, dan datang ke daerah Judea dari sisi yang lebih jauh dari Jordan: dan manusia mengerumuninya semulai; dan, tidak seperti dulu, dia mengajar mereka semula. 2 Dan para Farisi (rahib besar Yahudi) datang kepadanya, dan menyoalnya, Apakah seorang lelaki dibenarkan untuk menceraikan isterinya? untuk menggujinya. 3 Dan dia menjawab ...} - Injil Markus, Bab 10

Isa (as) juga menjelaskan ilmu pengetahuannya sebagai bukti bebas terhadap bimbingan seorang nabi. Dia berkata lagi bahawa mukjzat boleh berbeza dari nabi ke nabi dan tidak berlaku mengikut kepada kehendak manusia.

{14 Dan Isa kembali ke dalam kuasa Roh tersebut ke Galilea: dan di sana tersebar kemasyhurannya di seluruh rantau. […] 22 Dan semua memberinya kesaksian, dan kagum dengan kata-kata penuh kasih yang keluar dari mulutnya. Dan mereka berkata: Bukankah ini putera Yusuf? 23 Dan dia berkata kepada mereka: Kamu pasti akan mengucapkan kepadaku ungkapan ini, Tabib, sembuhkan dirimu: apa sahaja yang kami dengar telah berlaku di Kapernaum, berlaku juga di sini di negerimu. 24 Dan dia berkata, Sungguh aku katakan kepadamu, Tiada nabi yang diterima di negeri asalnya. 25 Tetapi aku katakan kepadamu satu kebenaran, ramai janda berada di Israel pada zaman Elias, ketika langit tertutup selama tiga tahun enam bulan, ketika kebuluran besar meliputi di seluruh negeri; 26 Tetapi tidak kepada seorang pun daripada mereka Elias diutuskan, melainkan ke Sarepta, sebuah kota di Sidon, kepada seorang wanita janda. 27 Dan ramai pesakit kusta ada di Israel pada zaman nabi Eliseus; dan tiada seorang pun daripada mereka yang telah dibersihkan, selain Naaman dari Syria. 28 Dan semua yang ada di dalam kinasah apabila mereka mendengar perkara itu, menjadi marah, 29 Lalu bangkit dan mengusirnya keluar dari kota, dan menghalaunya hingga ke tebing bukit di mana kota mereka dibina, supaya mereka dapat melemparnya terjunam. 30 Tetapi dia berlalu di tengah-tengah mereka menuju jalannya, 31 Dan datang ke Kapernaum, sebuah kota di Galilea, dan mengajar mereka pada hari sabat. 32 Dan mereka tercengang mendengar ajarannya: kerana kata-katanya penuh tarikan.} - Injil Lukas, Bab 4

Seruan kepada Kemahaagungan Tuhan

Musa (as) menegakkan Kemahatuanan Tuhan di kalangan bani Israel

Musa (as) bersama orang-orang yang beriman dengannya dan menerimanya berhijrah dari bumi penzalim, maka Kemahatuanan Tuhan pun ditegakkan di negeri lain:

{15 Pergilah kamu kepada Firaun pada pagi hari; ... 16 Dan kamu harus berkata kepadanya, Tuhan orang-orang Ibrani telah mengutusku kepadamu, mengatakan: Biarkanlah kaumku pergi, agar mereka berkhidmat kepadaku di gurun pasir: dan, lihatlah, hingga saat ini, kamu tidak mendengar.} - 2. Kitab Musa (Exodus), Bab 7

Dan dengan kata-kata {agar mereka berkhidmat kepadaku} bermaksud: Bahawa mereka taat kepadanya dan mengikuti tauladannya - orang yang mendirikan Kemahatuanan Tuhan. Kerana kewajipan agama seperti shalat, puasa dan seumpamanya tidak menuntut penghijrahan manusia, dan mereka boleh melakukannya seperti biasa di mana-mana.

Dan Yusuf (as) menjalankan kewajipan agamanya bersama-sama keluarga Ya’qub (as) di Mesir. Dan juga orang-orang yang beriman dari bani Israel, di antara mereka Musa dan Harun (as), menunaikan shalat mereka dan menjalankan kewajiban agama mereka di Mesir di bertahun-tahun sebelum penghijrahan.

Oleh itu jelas, pengabdian yang dituntut oleh Musa (as) adalah penubuhan Kemahatuanan Allah. Dan di dalam kitab ke-2 Musa (Exodus), dalam bab 19 kita dapati lebih petunjuk bahawa tujuan penghijrahan tersebut ialah penubuhan Kemahatuanan Tuhan:

{1 Pada bulan ketiga, setelah bani Israel keluar dari bumi Mesir, hari yang sama mereka tiba di gurun Sinai. […] 3 Lalu Musa naik menghadap Tuhan, dan Tuhan berseru kepadanya dari gunung tersebut, mengatakan, Maka hendaklah kamu katakan kepada keturunan Ya’qub dan beritahu bani Israel; 4 Kamu melihat apa yang telah aku lakukan terhadap orang-orang Mesir, dan bagaimana aku telah mengangkatmu di atas sayap helang; dan membawa kamu kepada diriku. 5 Maka sekarang, jika kamu benar-benar mendengar seruanku, dan berpegang pada perjanjianku, maka kamu akan menjadi khazanah kesayanganku di atas seluruh manusia: kerana seluruh bumi ini milikku: 6 Kamu terhadapku akan menjadi kerajaan para wali dan umat yang suci. Inilah kata-kata yang kamu perlu ucapkan kepada bani Israel.}

Musa (as) memerintahkan penubuhan Kemahatuanan Tuhan

Pada hari-hari akhir kenabianya Musa (as) dengan jelas menunjukkan kepada kaumnya bahawa undang-undang dan pemerintahan adalah di tangan Tuhan, dan Dia yang melantik hakim, pemerintah dan kerajaan:

{8 Jika muncul suatu perkara yang terlalu sukar untuk kamu putuskan, antara darah dan darah, antara janji dan janji, antara serangan dan serangan, yang menjadi pertelingkahan di dalam kotamu: maka kamu harus bangkit, dan pergilah kamu naik ke tempat yang Tuhanmu akan tentukan; 9 Dan kamu harus pergi kepada para rahib orang Levi, dan kepada hakim yang ada pada masa itu, dan menanyakan; dan mereka akan menunjukmu keputusan penghakiman: 10 Dan kamu harus berbuat mengikut keputusan mereka di situ yang telah Tuhan pilih untuk menunjukkan kepadamu; dan kamu akan teliti berbuat sesuai dengan segala apa yang mereka sampaikan kepadamu: 11 Menurut keputusan undang-undang yang mereka akan mengajarmu, dan menurut penghakiman yang mereka akan memberitahumu, kamu harus berbuat: kamu tidak boleh memungkiri keputusan yang telah mereka tunjukkan kepadamu, tidak ke kanan, atau ke kiri. 12 Dan orang yang berlaku angkuh, dan tidak mendengarkan perkataan rahib yang berdiri di sana sebagai pelayan Allah, Tuhanmu, atau kepada hakim, maka orang itu harus mati: dan kamu harus hapuskan kejahatan itu dari Israel. 13 Dan semua orang akan mendengar, dan ketakutan, dan tidak lagi berbuat angkuh. 14 Apabila kamu datang ke negeri yang Tuhanmu telah berikan kepadamu, dan akan memilikinya, dan akan tinggal di dalamnya, dan hendaklah berkata, aku akan mengangkat seorang raja di atas kamu, begitu juga semua bangsa terhadapku; 15 Kamu harus dengan setiap kebijaksanaan menjadikannya raja ke atas kamu, yang Tuhanmu akan pilih: salah seorang dari saudaramu harus kamu pilih menjadi raja ke atas kamu: kamu tidak boleh mengangkat orang asing di atas dirimu, yang bukan saudaramu.} - 5. Kitab Musa (Deuteronomy), Bab 17

Musa (as) memerintahkan kaumnya dan orang-orang mukmin untuk pergi kepada hakim atau rahib yang dilantik oleh Tuhan bagi mendapatkan keputusan dan pemakaian undang-undang ilahi. Dan hakim yang dimaksudkan di sini samada salah seorang nabi yang dilantik oleh Allah atau seorang hakim yang dilantik oleh mereka - dan bukan hakim yang melantik dirinya sendiri, atau dipilih oleh manusia, yang diketahui korup dan tidak adil. Dan atas sebab ini dia berkata: {kepada para rahib orang Levi dan kepada hakim yang ada pada zaman itu}. Dan dia dengan itu merujuk kepada hakim yang Allah akan utuskan dan lantik pada zamannya.

{18 Dan ketika Tuhan mengangkat mereka sebagai hakim, maka Tuhan bersama hakim itu, dan membebaskan mereka dari tangan musuh-musuh mereka sepanjang masa hakim tersebut...} - Hakim, Bab 2

Musa (as) sebelumnya telah menjelaskan melalui undang-undangnya bahawa seorang raja mesti dilantik oleh Tuhan:

{15 Kamu harus dengan setiap kebijaksanaan menjadikannya raja di atas kamu, yang Tuhanmu akan pilih: salah seorang dari saudaramu harus kamu pilih menjadi raja di atas kamu...} - 5. Kitab Musa (Deuteronomy), Bab 17

Yusya’ (as) menyerukan Kemahatuanan Tuhan

Yusya’ adalah pengganti Musa (as) yang menyeru manusia kepada Tuhan dan mengingatkan mereka bahawa kewajiban mereka adalah untuk taat kepadanya, kerana dia telah dilantik oleh Tuhan melalui Musa (as). Lebih jauh lagi dia mengingatkan mereka bahawa dia bertanggungjawab terhadap perundangan Tuhan di bumi, dan terhadap pelaksanaan perintahNya. Dan kaumnya akur dengan perkara ini:

{1 Sekarang selepas kematian Musa, abdi Tuhan yang telah pergi, maka Tuhan berkata kepada Yusya’ bin Nun, pembantu Musa, mengatakan, […] 10 Kemudian Yusya’ memerintahkan para pertugas kaum itu, mengatakan, […] 12 Dan kepada suku Ruben, dan suku Gad dan kepada separuh suku Manasye, Yusya’ mengatakan, 13 Ingatlah perkataan yang telah diperintahkan oleh Musa abdi Tuhan kepadamu, yang mengatakan: Allah Tuhanmu telah memberikan kamu kelapangan, dan telah memberi kamu tanah ini. […] 16 Dan mereka menjawab Yusya’, dengan berkata: Apa yang kamu perintahkan kami akan kami lakukan, dan ke mana saja kamu kirimkan kami, kami akan pergi. 17 Sepertimana dahulu kami mendengar kepada Musa dalam segala hal, maka kami akan mendengar kepadamu: : hanya Allah Tuhanmu bersamamu, sepertimana dahulu Dia bersama Musa. 18 Siapa sahaja yang bertindak menentang perintahmu, dan tidak mendengar kata-katamu dalam semua perkara yang telah kamu perintahkan kepadanya, dia harus dihukum mati: jangan gusar dan tabahlah.} - Kitab Yusya’, Bab 1

Khabar gembira tentang penubuhan Kemahatuanan Tuhan di bumi pada Akhir Zaman

Para nabi dan rasul (as) memberi khabar gembira tentang hari tersebut pada Akhir Zaman di mana Kemahatuanan Tuhan akan tertubuh di bumi - iaitu Daulah Keadilan Ilahi.
Dan mereka menjelaskan bahawa orang yang akan menubuhkan semua ini adalah Juruselamat, Penebus. Dan Taurat penuh dengan petikan yang membuktikan hal ini. Berikut kami ingin memperkatakan sebahagian daripadanya, di mana kami dapati penyataan dari para nabi yang mengesahkan kebenaran Sayyid Ahmad Al-Hassan (as)..

Beberapa contoh dari Perjanjian Baru (New Testament):

Yahya Pembaptis (as) menubuatkan penubuhan Kemahatuanan Tuhan di bumi pada Akhir Zaman:
{1 Pada masa itu Yahya Pembabtis datang, berkhutbah di gurun Judea, 2 Dan berkata, Bertaubatlah kamu: kerana kerajaan langit sudah dekat. 3 Kerana dialah orangnya yang disebutkan oleh nabi Yesaya, yang berkata, Suara orang yang menangis di gurun pasir, Bersiaplah kamu pada jalan Tuhan, jadikanlah jalannya lurus.} - Injil Matius, Bab 3

Dan selepas Yahya (as) adalah Isa yang memberikan khabar gembira tentang penubuhan Kemahatuanan Tuhan:
{17 Sejak hari itu Isa mula berkhutbah, dan berkata, Bertaubatlah: kerana kerajaan langit sudah dekat. […] Dan Isa pergi ke seluruh Galilea; mengajar di dalam kinasah mereka, dan menerangkan khabar gembira kerajaan tersebut, dan menyembuhkan segala macam penyakit dan segala macam wabak di kalangan manusia.} - Injil Matius, Bab 4

Dan Isa (as) mengarahkan murid-muridnya dan orang-orang yang beriman kepadanya selepasnya untuk berdoa demi penubuhan Kemahatuanan Tuhan di bumi:
{9 Selepas perkara ini maka berdoalah kamu: Wahai Bapa kami yang berada di langit, Maha suci namamu.} - Injil Matius, Bab 6

Dan di atas perintah Isa (as) khabar gembira penubuhan Daulah Keadilan Ilahi yang mendekat ini dilanjutkan selepas pengangkatannya ke langit oleh para utusannya.

{5 Dua belas yang diutuskan Isa, dan perintahkan mereka, dengan berkata, Jangan ikuti jalan kaum-kaum lain, dan jangan masuki mana-mana kota orang Samaria: 6 Tetapi pergilah kepada biri-biri yang hilang dari keturunan Israel.} - Injil Matthew, Bab 10

Dan kami akan membataskan diri kami pada petikan-petikan ini. Tetapi ada begitu banyak lagi, dan setiap orang yang ingin tahu lebih lanjut perlu melihat dalam Injil dan Taurat.

Kesimpulan

Peraturan untuk Mengenali Khalifah Tuhan’ telah ditetapkan dalam Al-Quran, Injil, dan Taurat serta jelas bagi orang-orang yang mempunyai akal.

Bagaimana kita mengenal “Pemegang Urusan ini” – Al-Qaim?

Yamani clouds horse.jpg

Al-Harith ibn al-Mughirah berkata kepada Abu Abdullah (Imam Jaafar) (as): "Bagaimana kami mengenal Sahib Al-Amr (Pemegang Urusan) ini?" Beliau berkata: "Ketenangan, maruah, ilmu, dan wasiat." - Basaer Al-Darajat Muhammad ibn Al-Hassan Al-Safar

Abu Abdullah (Imam Jaafar) (as) berkata: "Pemegang Urusan ini akan dikenali dengan tiga kualiti yang tidak akan diberikan kepada sesiapa pun kecuali dirinya sendiri. Dia yang pertama sebelum sesiapa (dengan kualiti ini), dia adalah penggantinya dan dia mempunyai senjata Nabi Suci (sawas), dan wasiatnya dan ia adalah sesuatu yang aku tidak akan pisahkan diriku daripadanya." - Basaer Al-Darajat Muhammad ibn Al-Hassan Al-Safaar ms 202

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.