Saringan Yang Hebat

Daripada Ahmed Al-Hassan (ms).
Lompat ke: pandu arah, cari
People must be tested.jpg

Sesiapa yang ingin sampai, akan sampai - Imam Ahmad Al Hassan (as)

Malangnya ramai yang memilih untuk berpegang pada pejabat palsu (Anak Lembu) dan para ulama tidak beramal (Sameri) dan malahan menyerang Abdullah Hashem dan para mukminin dengan melaknat, mengejek dan menghina mereka.
Hanya sedikit yang kekal bersama Black Banners, sekumpulan kecil lelaki dan wanita muda dari seluruh dunia, berlawanan dengan orang-orang tua Arab yang berkuasa di sekitar pejabat (Najaf).

Imam Ahmad Al-Hasan (as) mengenai fitnah, ujian dan saringan

  • Dalam buku Anak Lembu (The Calf), Imam Ahmad (as) berkata: "Sebaliknya, sebahagian ulama tidak beramal ini, yang orang-orang jahil menganggap mereka rapat dengan beliau (as), tidak akan beriman dengannya, Imam Al-Sadiq (as) berkata: […] Begitu juga Al-Qaim (as). Hari-hari keghaibannya akan berlanjutan, agar kebenaran ini menjadi jelas dan aqidah ini disucikan dari najis kemurtadan dari setiap Syiah yang berwatak jahat, yang dikhuatiri menjadi munafik, apabila mereka mengimpikan hak warisan dan kuasa, dan mereka adalah orang-orang yang menonjol (atau mendominasi) dalam perkara ini pada zaman Al-Qaim (as)... [sehingga dia berkata] "dan itu, apabila tiada apa yang tinggal dari Islam kecuali namanya, dan dari Al-Quran kecuali tulisannya, dan [Apabila] pemilik urusan ini ghaib atas alasan yang jelas untuk itu, kerana berleluasanya fitnah terhadap kalbu, sehingga orang yang paling dekat dengannya menjadi yang paling berseteru (musuh paling ganas) kepadanya, maka Allah akan mendukungnya dengan tentera yang kamu tidak nampak, dan akan mengangkat agama NabiNya dengan tangannya, dan akan mengangkatnya di atas segala agama, walaupun orang-orang yang musyrik tidak menyukainya." Kamaluddin ms 356, Ghaibat Al-Tusi ms 172, Bihar Al-Anwar Jilid 51 ms 222
  • "Wahai manusia! Kamu telah diperdaya oleh para ulama yang tidak beramal." Imam Ahmed Al-Hassan (a.s)
  • "Kemudian kamu ulangi kesalahan yang sama berulang kali, dan mengikut para ulama tidak beramal yang sesat, dan ular yang sama menyengatmu dari lubang yang sama sepanjang masa. […] Bangunlah wahai orang-orang yang tidur, bangunlah wahai orang-orang yang mati." – Imam Ahmed Al-Hassan (a.s)
  • "Dan sesiapa ingin kufur maka kufurlah dan menjadi lebih gelap dan lebih kotor dan teruskan dan ikutlah ulama kamu yang tidak beramal!" Imam Ahmed Al-Hassan (a.s)

Hadith-hadith berbicara tentang fitnah, ujian dan saringan

We believe and not be tested.jpg

Berhati-hati wahai manusia, saringan Syiah sedang berlaku dan akan berlaku dan telah dinubuatkan oleh Ahlul Bait ribuan tahun yang lalu!

  • Amirul Mominin Imam Ali (as) berkata kepada Syiahnya:
    "…Adapun bagi kamu, kamu tidak akan menatap apa yang kamu cintai dan apa yang kamu impikan, kamu umat Syiah, sehingga zaman kamu meludah satu sama lain dan memanggil satu sama lain pendusta; sehingga hanya sedikit dari kalangan kamu yang tinggal seperti celak di mata atau garam dalam makanan, mana yang paling mungkin. Aku akan terangkan ini kepadamu dengan satu contoh. Katakan seorang ada sejumlah gandum yang dia telah bersihkan, ayak, tampi dan simpan di rumah, dan kemudian dia tinggalkannya di situ untuk satu tempoh masa. Kemudian apabila dia melihat gandum tersebut, dia dapati ada kumbang di dalamnya. Lalu, dia mengambilnya, membersih dan menampinya sebelum meletaknya semula di rumah dan meninggalkannya di situ untuk satu tempoh masa. Kemudian dia kembali dan melihat kumbang telah menjangkitinya. Lalu, dia mengambilnya, membersih dan menampinya sekali lagi, sebelum meletaknya semula di rumah dan menguncinya. Tidak lama kemudian, dia mengambilnya dan mendapati kumbang telah menyerangnya sekali lagi. Oleh itu, dia merawatnya dengan cara sama yang telah dilakukannya dahulu sehingga hanya seberkas bijirin yang tidak boleh dijangkiti oleh kumbang yang tinggal. Perkara yang sama akan berlaku kepadamu. Kamu akan diuji dengan penderitaan sehingga tidak ada yang tinggal di kalangan kamu melainkan satu kumpulan yang tidak akan tergugat dengan penderitaan.] - Al-Ghaibah oleh An-Nu’mani, ms 26.
  • Amirul Mukminin Imam Ali (as) berkata: "Jadilah seperti lebah di kalangan burung. Semua burung menganggap mereka lemah, tetapi jika mereka tahu barakah yang ada di dalam batin mereka (lebah), mereka tidak akan berbuat demikian kepadanya. Bergaullah dengan manusia dengan lidah dan jasadmu dan hindarilah mereka dengan hati dan amalmu. Aku bersumpah denganNya, yang jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan bertemu apa yang kamu cintai [ertinya kebangkitan Al-Qaim as] sehingga tiba satu zaman apabila kamu meludah muka satu sama lain, memanggil satu sama lain pendusta, dan sehingga tiada seorang pun yang tinggal, melainkan (sedikit) seperti celak di mata dan seperti garam dalam makanan.
    Aku berikan kamu satu contoh. Ia sama seperti seorang yang ada sejumlah makanan (bijirin). Dia mengayak dan membersih dan kemudian menyimpannya di gudang untuk beberapa waktu. Kemudian dia kembali dan mendapati makanannya telah berulat. Dia mengambil, membersih dan menyimpannya semula di gudang untuk beberapa waktu. Selepas suatu masa dia datang dan mendapati makanannya telah berulat lagi. Dia mengambil, membersih dan menyimpannya semula di gudang. Dia melakukannya berulang kali sehingga tiada apa yang tinggal dari makanannya kecuali sedikit sekali, yang tidak akan dirosakkan lagi oleh ulat.
    Begitu juga kamu! Kamu akan dicuci sehingga tiada seorang pun yang tinggal kecuali sangat sedikit, yang tidak akan tergugat dengan Fitnah).
    "
    – Ghaibah Nu’mani, Bihar Al-Anwar Jilid 13 Bab 26
  • Diriwayatkan dari Ali Ibn Ja’far bahawa Imam Al-Kadzim (as) berkata, "Apabila (keturunan) kelima dari yang ketujuh Imam hilang, maka, aku bersumpah kepadamu demi Allah untuk mengamati agamamu agar tidak ada orang yang akan mengambilnya darimu. Tanpa ragu, akan terjadi keghaiban bagi pemegang urusan ini sehingga suatu masa yang (kebanyakan) manusia yang beriman kepada Imamahnya akan meninggalkan kepercayaan mereka. Sesungguhnya (keghaiban) ini hanyalah ujian dari Allah (swt) untuk makhlukNya."
  • Imam Al-Sadiq (as) berkata: "Sesungguhnya Allah akan memberi kemenangan bagi urusan ini melalui seorang yang tidak ada saham di dalamnya, dan apabila urusan kami datang, akan terkeluar darinya orang-orang yang tetap dalam penyembahan berhala."
  • Imam Al-Sadiq (as) berkata: "Apabila Al-Qaim muncul, semua orang yang menganggap mereka berada dalam urusan ini, akan terkeluar darinya dan akan masuk ke dalamnya orang-orang yang seumpama penyembah matahari dan bulan." – Ghaibat Al-Nu’mani, ms 332
Finely filtered Imam Ali.jpg
  • "Al-Mufadhil berkata: Wahai Maula, bagaimana kami boleh tahu kemunculan Al-Mahdi, dan kami perlu tunduk kepadanya? Dia (as) berkata: Wahai Mufadhil, dia akan muncul dengan salah faham (shubha), agar dia boleh menjadi jelas. Dengan itu, penyebutannya meningkat dan urusannya akan muncul." Mukhtasar Basair Al-Darajat ms 179-180
  • Diriwayatkan dari Ali Ibn Husain dari Muhammad Attar dari Muhammad Ibn Hasan Raazi dari Muhammad Ibn Ali Kufi, dari Ibn Mahbub, dari Abil Mughra dari Ibn Abi Yafur dari Imam Ja’far Sadiq (as) bahawa dia berkata: “Celakalah ke atas orang-orang Arab yang angkuh dari kejahatan yang datang.” Aku berkata: “Semoga diriku menjadi tebusanmu! Berapa ramai orang Arab akan bersama Al-Qaim (as)? ”Dia berkata: “Sangat sedikit.” Aku berkata: “Demi Allah, mereka yang bercakap mengenai perkara ini dari kalangan Arab begitu ramai!” Dia berkata: “Manusia perlu diuji, ditapis dan dibersihkan. Lebih ramai manusia yang akan tercampak dari tapisan.”Dalam buku itu laporan ini disebut melalui rantaian lain dari Ibn Abi Yafur dari Imam yang sama. Dan melalui rantaian lain ia disebut dalam Dalail Imamah oleh Tabari Syiah. – Ghaibah Nu’mani
  • Diriwayatkan dari Ali Ibn Ahmad dari Ubaidullah Ibn Musa, dari Ahmad Ibn Muhammad dari Husain Ibn Ali Ibn Ziyad, dari Bataini dari Abu Basir bahawa dia mendengar Imam Muhammad Baqir (as) berkata: “Demi Allah, kamu akan diuji, dicuci dan ditapis seperti ayakan keluar bijirin pahit dari gandum.” – Ghaibah Nu’mani
  • Diriwayatkan dari Ibn Uqdah dari Qasim Ibn Muhammad Ibn Husain dari Ubais Ibn Hashim dari Ibn Jabla dari Miskin Rahhal dari Ali Ibn Mughira dari Umair Ibn Bint Nufail bahawa dia berkata: Imam Hasan Mujtaba (as) berkata: “Urusan yang kamu harapkan ini tidak akan berlaku sehingga datang satu zaman apabila kamu mengingkari satu sama lain, meludah muka satu sama lain, menyumpah satu sama lain dan melaknat satu sama lain.” – Ghaibah Nu’mani
  • Abu Abdullah (as) berkata: “Terdapat amat sedikit Arab bersama Al-Qaim” Lalu dikatakan kepadanya: “Tetapi ramai dari mereka menerangkan urusan ini [tentang Al-Qaim]!” Maka dia (as) berkata: “Manusia mesti diuji dan ditapis dan dikelaskan, dan ramai orang akan terkeluar dari tapisan.” – Ghaibah Al-Nu’mani ms 212
  • Menurut kitab Injil, sebelum penyalibannya, Isa berkata kepada Peter: "Simon, Simon, berhati-hati, syaitan menuntut untuk mendapatkan kamu, agar ia dapat mengayakmu seperti gandum, tetapi aku telah berdoa untukmu, supaya imanmu tidak gugur. Dan apabila kamu telah berpaling lagi, perkuatkanlah saudara-saudaramu." (Luke 22:31–32)
  • Aba Abdullah (Al-Sadiq) (as) berkata: „Demi Allah kamu akan pecah seperti kaca pecah, tetapi bagi kaca ia boleh kembali kepada bentuk asalnya, dan kamu akan pecah seperti tembikar, memang ia pecah dan tidak akan kembali semula kepada bentuknya. Demi Allah kamu akan diuji, demi Allah kamu pasti ingin tahu bezanya, Demi Allah kamu akan diuji dengan teruk sehingga tiada seorang pun yang tinggal kecuali sedikit daripada kamu (lalu dia menggenggam penumbuknya).“ – Ghaibat Al-Nu’mani, ms 215

Ramai orang muda dan sedikit orang tua menjadi sahabat Al-Qaim

  • Amirul Mukminin Ali Ibn Abi Talib (as) berkata, "Para sahabat Mahdi semuanya muda dan tidak ada yang berusia tua melainkan sebilangan kecil seperti celak yang disapu di mata atau garam yang ditabur dalam makanan.” – Ghaibah An-Nu’mani, ms 170, Ruzgarhai, Jilid 1, ms 415, hadith 480
  • "Kebanyakan pengikut [Hazrat Mahdi (as)] adalah muda manakala yang tua amat sedikit." – Bihar al-Anwar, Jilid 52, ms 334
  • Abu Abdullah As-Sadiq (as) juga menyatakan dalam hal ini: "… Al-Qaim (as) tidak akan bangkit melainkan manusia diserang ketakutan yang dahsyat, gempa bumi, cubaan dan derita yang diawali dengan wabak; dan melainkan pertempuran sengit meletus antara orang-orang Arab, konflik buruk dan perpecahan agama berlaku sesama manusia perubahan besar berlaku dalam kehidupan mereka hingga ke tahap manusia berharap untuk mati siang dan malam kerana besarnya perubahan yang dihadapi, seperti kegilaan manusia untuk memusnahkan satu sama lain hinggalah dia muncul pada saat-saat putus asa dan hilang harapan. Berbahagialah orang-orang yang akan mengenalnya dan menjadi para pendukungnya dan celakalah orang-orang yang berlawanan dan tidak taat padanya dan menjadi musuh-musuhnya.

Kemudian dia berkata: Dia akan mengasaskan satu peraturan baru, menegakkan Sunnah baru dan mengenakan pengadilan baru yang keras terhadap orang-orang Arab, yang akan dihadkan kepada pembunuhan kerana dia tidak meminta seorang pun untuk bertaubat dan dia akan mengabdi, taat dan mengikut Allah tanpa takut terhadap permusuhan manusia." - Al-Ghaibah An-Nu’mani, ms 235

Kisah-kisah para nabi dari Al-Quran

Noah ark.jpg

Mari kita ingat kisah Nabi Nuh (as) yang selepas 950 tahun dakwahnya hanya ada 9 orang yang tetap bersamanya…
Mari kita sedari betapa penangguhan pelaksanaan nubuat ini adalah ujian yang indah dalam hubung kait dengan keyakinan tanpa syarat kepada Alah (swt). (swt).

Salama Ibn Muhmmad dari Ahmad Ibn Ali Ibn Daud al-Qummi, dari Muhammad Ibn al-Hasan as-Saffar dari Ahmad Ibn Muhammad Ibn Isa dari beberapa sahabatnya bahawa Abu Abdullah as-Sadiq (as) berkata:

"Nabi Nuh (as) meminta Allah untuk mengazab kaumnya. Allah mewahyukan kepadanya untuk menanam biji tamar. Apabila ia tumbuh dan dia makan buahnya, Allah akan mengazab kaumnya dan membinasakan mereka. Nabi Nuh (as) menanam biji tadi dan memberitahu pengikutnya tentang hal itu. Pohon tersebut tumbuh dan berbuah. Dia memakan buahnya dan memberi para pengikutnya makan buahnya. Para pengikutnya berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah, bagaimana dengan janji yang telah engkau janjikan kepada kami?” Nabi Nuh (as) berdoa kepada Allah untuk melaksanakan janjiNya. Allah mewahyukan kepadanya untuk menanam biji yang lain dan apabila ia tumbuh dan berbuah, Allah akan mengazab mereka.

Nuh (as) memberitahu para pengikutnya tentang hal itu. Mereka berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan murtad, yang lain munafik dan yang ketiga masih setia kepada Nuh (as). Nabi Nuh (as) menanam biji yang lain lagi. Ia tumbuh dan berbuah. Dia memakan buahnya dan memberi pengikutnya makan. Mereka berkata: "Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan janji yang telah engkau buat?" Dia berdoa kepada Allah. Allah mewahyukan kepadanya untuk menanam biji ketiga dan apabila ia tumbuh, berbuah dan dia makan buahnya, maka Allah akan membinasakan kaumnya. Nuh (as) memberitahu para pengikutnya tentang hal itu. Kedua-dua kumpulan (yang munafik dan yang mukmin) tadi berpecah menjadi tiga kumpulan; satu murtad, satu munafik dan ketiga masih setia kepada Nuh (as).

Nabi Nuh (as) melakukan hal itu sepuluh kali dan para pengikutnya berpecah setiap kali kepada tiga kumpulan. Pada kali yang kesepuluh beberapa pengikutnya yang ikhlas datang kepadanya dan berkata: "Wahai nabi Allah, sama ada engkau lakukan apa yang telah engkau janjikan atau tidak, engkau memang seorang yang benar. Engkau adalah nabi yang diutus oleh Allah dan kami tidak ragu kepadamu walau apapun yang engkau lakukan kepada kami."Dengan cara ini Allah membinasakan kaum Nabi Nuh (as) kecuali para pengikutnya yang setia, yang patuh kepada Nuh (as). Nuh dan para pengikutnya yang ikhlas menaiki bahtera, maka Allah selamatkan mereka setelah mereka diuji, disaring dan dibersihkan." – Ghaibat Nu’mani dan Bihar al-Anwar Jilid 11 ms 339

Pihak Majoriti dikutuk oleh Allah!

Follow truth.png

Manusia percaya bahawa mereka betul kerana berada di pihak majoriti (seperti Pendukung Pejabat) dan Pendukung Black Banner terseleweng kerana mereka adalah pihak minoriti.

Ramai yang berfikir sekiranya kepercayaan Ansar Black Banner adalah betul, maka sudah tentu kebanyakan orang akan mengikutnya. Mereka selanjutnya berhujah, oleh kerana sedikit sahaja orang yang beriman dengan seruan Black Banner, maka majoriti manusia tidak melihat hujah-hujahnya meyakinkan untuk dipercayai.
Ringkasnya, mereka ingin mengatakan bahawa jika Ahmad Al-Hasan adalah benar dalam dakwaannya bahawa dia adalah Mahdi Akhir Zaman, dan jika Ahlul Bait (as) adalah Pengganti (Khalifah) yang benar daripada Rasulullah (sawas) yang wajib kita ikuti, maka kebanyakan orang sepatutnya mengikut mereka.
Bagi orang-orang sebegini fakta bahawa majoriti manusia mengikut selain daripada Ahlul Bait (as) dan fakta bahawa mereka tidak beriman kepada Ahmad Al-Hasan (as) membuktikan bahawa terdapat beberapa kecacatan dalam kebenaran seruannya atau beberapa kecacatan dalam penjelasan bukti-buktinya.

Tetapi yang sebenarnya adalah, jika kita merenungi isi Al-Quran kita akan merasa pasti bahawa Khalifah Allah ini datang dengan bukti yang jelas tanpa sebarang kecacatan, dan kita yang akan merasa pasti bahawa Sunnah Allah (swt) adalah majoriti manusia merupakan orang-orang yang kufur dan sesat, dan bahawa amat sedikit orang yang beriman dan terselamat.
Malah sekali imbasan pada Al-Quran sudah mencukupi untuk membuktikan di mana pendirian Islam dalam debat majoriti-minoriti ini. Allah (swt) tidak pernah menganggap majoriti sebagai kayu ukur bagi kebenaran; bahkan, kebenaran adalah sebaliknya.

Ayat-ayat Al-Quran dengan jelas mencela majoriti dan memuji minoriti. Ia mencukupi untuk menyangkal hujah bahawa majoriti adalah betul dan minoriti adalah salah. Sebaliknya minoriti yang mendapat petunjuk dan majoriti yang menyimpang. Maka itu mereka yang menentang Ahmad Al-Hassan Pemimpin Black Banners dari Timur perlu berfikir semula dengan berbangga mereka bersama majoriti dan mengejek para Pendukung Black Banner kerana menjadi minoriti.

Rasulullah (sawas) berkata: "Sesiapa yang mencari keredhaan Allah melalui kemurkaan majoriti, akan mendapat keredhaan Allah, dan Allah akan mendorong manusia untuk redha denganNya. Dan sesiapa yang mencari keredhaan majoriti melalui kemurkaan Allah, akan mendapat kemurkaan Allah, dan Allah akan mendorong manusia untuk tidak meredhaiNya." – Musnad Imam Ahmad

Walaupun Nabi Muhammad (sawas) dan para sahabatnya adalah minoriti di Mekah, namun kerana kesabaran mereka dan usaha tanpa henti, mereka berjaya memusnahkan sistem kufur kaum Quraisy dan Allah (swt) kurniakan mereka kekuasaan di bumi. Allah (swt) berfirman:

{…Berapa kerap kumpulan yang kecil berjaya mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama As-Shabirin (orang-orang yang teguh dan tanpa kompromi).} – Al-Quran 2: 249

Al-Quran mengenai pihak majoriti

Dalam ayat-ayat berikut Al-Quran mencela mengenai pihak majoriti.
Allah (swt) berfirman…

Truth minority majority.png
  • {Patutkah setiap kali mereka mengikat janji setia, segolongan dari mereka mencabulinya? Bahkan, kebanyakan mereka tidak beriman.} – Al Quran 2:100, dan Dia (swt) berfirman: * {*{Sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda, tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.} – Al Quran 26:8, 67, 103, 121, 139, 151, 174, 190, dan Dia (swt) berfirman: * {Sesungguhnya telah terbukti benar kata-kata tersebut atas kebanyakan mereka, lalu mereka tidak beriman.} – Al Quran 36:7
  • {Katakanlah, "Mengembaralah di bumi ini, dan lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang lalu. Kebanyakan mereka adalah musyrikin –selainya bersama Allah.} – Al Quran 30:42
  • {Mereka mengetahui nikmat Allah; kemudian mereka mengingkarinya. Dan kebanyakan mereka tidak beriman.} – Al Quran 16:83
  • {Atau adakah mereka berkata terhadapnya “gila?" Bahkan dia membawa kepada mereka kebenaran, tetapi kebanyakan mereka membenci kebenaran} – Al Quran 23:70
  • {Atau adakah kamu menyangka kebanyakan mereka mendengar atau memahami? Mereka tidak lain hanyalah seperti haiwan ternakan, bahkan jalan mereka lebih sesat lagi.} – Al Quran 25:44
  • {Allah tidak mensyariatkan – bahirah atau sa‘ibah atau wasilah atau Ham. Tetapi orang-orang kafir mengada-adakan pendustaan terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak berfikir} – Al Quran 5:103
  • {Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad) - kebanyakan mereka tidak mengerti.} – Al Quran 49:4
  • {Dan jika kamu bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit dan menghidupkan bumi yang sebelumnya mati?" mereka pasti akan berkata "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah "; tetapi kebanyakan mereka tidak memahami.} – Al Quran 29:63
  • {Sebagai pembawa berita gembira dan amaran; tetapi kebanyakan mereka berpaling ingkar, supaya mereka tidak mendengarnya.} – Al Quran 41:4
  • {Dan sekiranya Kami turunkan para malaikat kepada mereka (dengan seruan) dan orang mati berbicara kepada mereka (mengenainya) dan Kami himpunkan setiap sesuatu di hadapan mereka, tidak juga mereka beriman, kecuali jika Allah menghendakinya. Tetapi kebanyakan mereka adalah jahil.} – Al Quran 6:111
  • {Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui} – Al Quran 10:55
  • {Dan apabila Kami gantikan satu ayat dengan ayat yang lain, dan Allah maha mengetahui akan apa yang Dia turunkan - mereka berkata, "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah pendusta." bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui.} – Al Quran 16:101
  • {Atau patutkah mereka mengambil tuhan-tuhan selain Allah? Katakanlah (wahai Muhammad), Bawalah bukti kamu. Inilah Peringatan dari apa yang ada bersamaku dan apa yang sebelumku, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui Kebenaran lalu mereka berpaling} – Al Quran 21:24
  • {Dan mereka berkata, "Mengapa tidak diturunkan suatu tanda kepadanya dari Tuhannya?" Katakanlah, "Sesungguhnya Allah maha kuasa menurunkan suatu tanda, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."} – Al Quran 6:37
  • {Dan kebanyakan mereka tidak mengikut melainkan sangkaan. Sesungguhnya sangkaan itu sama sekali tidak dapat mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.} – Al Quran 10:36
  • {…Dan sesungguhnya kebanyakan mereka ingin menyesatkan melalui hawa nafsu mereka tanpa ilmu. Sesungguhnya Tuhanmu - Dia maha mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.} – Al Quran 6:119
  • {Wahai Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikutku - maka dia daripadaku; dan sesiapa yang ingkar kepadaku - sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Maha Pengasih.} – Holy Quran 14:36
  • {Dan sesungguhnya mereka telah menyesatkan ramai orang. Dan tidaklah bertambah bagi para penzalim itu melainkan kesesatan jua."} – Al Quran 71:24
  • {Dan sesungguhnya dia telah menyesatkan ramai dari kalangan kamu, maka tidakkah kamu patut berfikir? – Al Quran 36:62
  • {Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya ramai dari para pendita dan rahib itu memakan harta manusia secara tidak adil dan menghalang mereka dari jalan Allah…} – Al Quran 9:34
  • {Dan kamu melihat ramai di antara mereka berlumba-lumba dalam dosa dan rakus memakan (apa yang) haram. Alangkah buruknya apa yang telah mereka lakukan} – Al Quran 5:62
  • {Kamu tidak menyembah di sisi Allah melainkan [hanya] nama-nama yang kamu namakannya, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak turunkan sebarang autoriti. Tiada hukum melainkan bagi Allah. Dia telah memerintahkan kamu untuk tidak menyembah selain Dia. Inilah agama yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.} – Al Quran 12:40
  • {Maka hadapkanlah wajahmu pada agama yang lurus ini. Fitrah Allah yang Dia telah ciptakan manusia di atasnya. Tiada perubahan dalam penciptaan Allah. Itulah agama yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.} – Al Quran 30:30
  • {Dan kebanyakan manusia, walaupun kamu berusaha [kepadanya, adalah tidak beriman.} – Al Quran 12:103
  • {Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang kali kepada manusia di dalam Al-Quran ini dengan pelbagai perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia menolak [tiap sesuatu] serta kufur.} – Al Quran 17:89
  • {Dan sesungguhnya Kami telah sebarkan di antara mereka agar mereka mendapat peringatan, tetapi kebanyakan manusia menolak serta kufur.} – Al Quran 25:50
  • {Dan tidakkah mereka tidak memikirkan di dalam hati mereka: Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya itu melainkan demi kebenaran; dan (untuk) suatu tempuh tertentu? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia itu mengingkari pertemuan dengan Tuhan mereka.} – Al Quran 30:8
  • {Sesungguhnya hari Kiamat tetap akan datang - tiada keraguan mengenainya - tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.} – Al Quran 40:59

Jadi kesimpulannya, menurut Al-Quran situasi majoriti manusia adalah mereka: tidak beriman, musyrik pada Allah, bahkan kufur, membenci kebenaran, tidak mendengar dan tidak berfikir, jahil dan tidak tahu, bahkan mereka berpaling ingkar dan mengikut andaian, dan kebanyakan mereka sesat dan menyesatkan, dan kebanyakan mereka terutama para ulama mereka iaitu ahli-ahli agama mereka menghalangi jalan kepada Allah, dan kebanyakan mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan!

Jadi bagaimana Al-Quran menyebut mengenai pihak yang minoriti?

Sekarang mari kita lihat keadaan minoriti manusia, atau sedikit bilangan manusia, dalam Al-Quran.
Allah (swt) berfirman…

Don't feel lonely.png
  • {Iblis berkata, "Adakah Engkau lihat yang satu ini yang telah Engkau muliakan di atas diriku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, pasti aku akan sesatkan keturunannya, kecuali sedikit."} – Al Quran 17:62
  • {… Dan jika tidak kerana limpah kurnia Allah kepadamu dan rahmatNya, tentulah kamu telah mengikut syaitan, melainkan yang sedikit.} – Al Quran 4:83
  • {… Dan andainya jika mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat" dan "Tunggu kami [untuk faham]," itu adalah lebih baik bagi mereka dan lebih tepat. Tetapi Allah telah melaknat mereka kerana kekufuran mereka, lalu mereka tidak beriman, melainkan yang sedikit.} – Al Quran 4:46
  • {Dan [Kami laknatkan mereka] kerana mereka mencabuli janji setia mereka, dan kekufuran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa hak dan kerana ucapan mereka, "Hati-hati kami telah tertutup". Bahkan, Allah telah menguncinya kerana kekufuran mereka, maka mereka tidak beriman melainkan yang sedikit.} – Al Quran 4:155
  • {[Sehingga], apabila perintah Kami datang dan air meluru, Kami berkata, "Bawalah di atas kapal itu setiap [hidupan] dua jantina dan keluargamu, kecuali mereka yang telah ditetapkan hukuman ke atasnya, dan bawa (juga) orang-orang yang beriman." Tetapi tidak ada orang-orang beriman bersamanya, melainkan sedikit.} – Al Quran 11:40
  • {…Dan sesungguhnya kebanyakan orang berbuat zalim satu sama lain, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan - mereka adalah sedikit…”} – Al Quran 38:24
  • {Dan [ingat] ketika Kami membuat janji setia dengan Bani Israel, "Janganlah kamu menyembah selain Allah; dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan saudara-mara, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Dan ucaplah [perkataan] yag baik kepada manusia dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu mengabaikannya} – Al Quran 2:83
  • {Tidakkah kamu perhatikan perhimpunan Bani Israel selepas [zaman] Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "Utuslah kepada kami seorang raja agar kami berperang di jalan Allah "? Dia berkata, "Adakah kamu akan menahan diri dari berperang jika perang itu diwajibkan ke atas kamu?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak akan berperang pada jalan Allah setelah kami diusir dari kampung halaman kami dan anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan ke atas mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit daripada mereka. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.} – Al Quran 2:264
  • {Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan mereka, “Korbankan dirimu" atau "Tinggalkan kediaman kamu," mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit daripada mereka…} – Al Quran 4:66
  • {Dan ingatlah dahulu ketika kamu sedikit dan tertindas di negeri itu, takut akan manusia yang mungkin akan menahan dan melarikan kamu, tetapi Dia memberimu tempat berlindung dan memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan mengurniakanmu dengan rezeki yang baik - agar kamu bersyukur.} – Al Quran 8:26
  • {Dan kalaulah mereka ada bersamamu, mereka tidak akan berperang melainkan sedikit} – Al Quran 33:30
  • {Mereka yang tinggal di belakang akan berkata ketika kamu pergi mendapatkan harta rampasan, "Biarlah kami mengikutimu." Mereka ingin mengubah perkataan Allah. Katakanlah, "Jangan sekali-kali kamu mengikut kami. Bukankah Allah telah menyatakan sebelum ini." Maka mereka berkata, "Bahkan, kamu dengki kepada kami." Tetapi [kenyataannya] tidaklah mereka memahami kecuali yang sedikit.} – Al Quran 48:15
  • {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita ketika dia memohonNya dan menghapuskan kejahatan, dan menjadikan kamu khalifah di bumi ini? Adakah tuhan lain bersama Allah ? Sedikit yang mengambil peringatan.} – Al Quran 27:62
  • {Dan tidak sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan juga tidak sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan orang yang berbuat jahat. Sedikit yang mengambil peringatan.} – Al Quran 40:58
  • {Ia bukan perkataan tukang tenung; sedikit yang mengambil peringatan.} – Al Quran 69:42
  • {Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah. amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.} – Al Quran 7:3
  • {"Sesungguhnya, mereka adalah golongan sedikit} – Al Quran 26:54
  • {Dan sedikit daripada orang-orang yang kemudian} – Al Quran 56:14
  • {…kecuali sedikit yang telah Kami selamatkan di kalangan mereka…} – Al Quran 11:116

Jadi ringkasannya menurut Al-Quran adalah: hanya sedikit manusia yang tidak mengikut syaitan, hanya sedikit yang beriman, hanya sedikit yang tidak berpaling sambil menolak, hanya sedikit akur/taat, hanya sedikti yang memahami, hanya sedikit yang mengambil peringatan, hanya sedikit yang mendukung khalifah Allah, hanya sedikit dari kalangan yang terdekat, dan hanya sedikit yang diselamatkan!

Ertinya ramai yang mengikut syaitan, ramai yang kufur, ramai yang berpaling sambil mereka menolak, ramai yang ingkar/derhaka, ramai yang tidak memahami, ramai yang lupa, ramai yang tidak mendukung khalifah Allah, ramai yang bukan dari kalangan yang terdekat, ramai yang tidak diselamatkan!

Nota: Khayalan boleh kelihatan begitu meyakinkan dan benar

There is enough light.png

Adalah penting untuk diiingati, bahawa dalam kes Musa (as) Allah (swt) juga menghukum manusia, yang mula menyembah anak lembu itu, dengan memberi anak lembu tersebut suara. Jadi ia bukan sesuatu yang tidak pernah didengari atau mustahil, bahawa khayalan yang dibentangkan kepada manusia menjadi amat meyakinkan dan kelihatan amat shahih dan nyata.

"…Dan selama empat puluh malam tersebut, Sameri mengambil kesempatan dari ketiadaan Musa (as) dan dia membuat anak lembu dari perhiasan, dan Sameri telah melempar kepada anak lembu ini segumpal tanah yang dia ambil dari bawah kuku kuda Jibrail (as), lalu ukiran seekor anak lembu berbunyi seperti lembu, ertinya bersuara seperti bunyi anak lembu sebenar. Musa (as) berkata: "Wahai Tuhan, anak lembu ini dari Sameri, lalu dengusan suara itu dari siapa?" Dia berkata: “DariKu wahai Musa, kerana apabila Aku melihat mereka telah berpaling [telah meninggalkan] Aku kepada anak lembu tersebut, Aku ingin memberi mereka lebih fitnah lagi”…" – Tafsir Al-Qumi dipetik oleh Imam Ahmad Al-Hassan dalam 'The Calf' (Al-‘Ijil)

Minbar-Khutbah mengenai saringan melalui keghaiban...

HamidReza_Saringan-melalui-keghaiban