Taqlid, Fatwa dan Ulama Akhir Zaman

Daripada Ahmed Al-Hassan (ms).
Lompat ke: pandu arah, cari
The Fall of the Idol Part 1 (was not continued) refutes the concept of 'taqlid'

Sama-sama kita melihat apa yang Imam Al-Askari (a.s) mengatakan pada topik berkenaan 'para ulama'. Hadis berikut merupakan hadis yang cukup diketahui dan merupakan hadis yang didokumentasikan dengan baik - yang menarik, para pendakwah hanya mengungkapkan sebahagian saja mengenainya dan meninggalkan sebahagian nya yang lain…

Imam Hasan Al-Askari (as) meriwayatkan Imam Ja'far as-Sadiq (as) berkata,
"…Dan bagi kalangan fukaha’ yang memelihara diri mereka, mempertahankan agama mereka, menentang keinginan mereka, dan mentaati Maula mereka, maka bagi orang awam ikutilah mereka …"

Setakat ini sahaja yang diajar oleh para ulama, tetapi tetapi riwayat ini sebenarnya bersambung sehingga ia tiba pada kata-kata berikut

Sebahagian daripada fukaha’ ini lebih berbahaya kepada Syiah kami daripada tentera Yazid ibn Muawiyyah terhadap Hussain dan para sahabatnya, ini kerana tentera Yazid bin Muawiyyah mencabut nyawa Al-Hussain dan para sahabatnya. Tetapi para fukaha’ ini mencabut agama daripada Syiah kami yang lemah." – Tafsir Imam Al-Askari; Bihar al Anwar, Buku 1; Hashim Al-Bahrani, Tafsir Al-Burhan, Jilid 1; Fayd Al-Kahshani, Tafsir Al-Safi, Jilid 1, Al-Huwayzi, Tafsir Noor Al-Thaqalain

Video di atas “Keruntuhan Berhala” yang dihasilkan oleh Abdullah Hashem (as) menyangkal tanggapan meluas bahawa taqlid kepada ulama adalah wajib. menghasilkan video ini ketika beliau belum mengetahui tentang kebatilan Pejabat Palsu _dan_wakil nya beserta Imam Palsu di Najaf. Jadi ia berdasarkan buku “Suqut Al-Sanam” (Keruntuhan Berhala) oleh Tawfiq Masrour, salah seorang Penjenayah Pejabat Palsu teratas yang telah mengambil banyak ilmu daripada Imam (as). Walau bagaimanapun video ini menjelaskan bahawa bahawa berhala-berhala pada zaman ini adalah para ulama yang tidak beramal yang telah diterangkan dalam hadith-hadith Nabi Suci (sawas) sebagai makhluk yang paling jahat.

Juga sentiasa terdapat sedikit ‘ulama beramal’ yang lurus, seperti yang Imam Ahmad (as) sebutkan sebahagian mereka dalam Sermon of Hajj:

"Aku tidak datang untuk menyeru kepada sepenuh kebenaran, kebenaran yang mutlak, tanpa kemudahan dan persediaan dari Allah (swt). Allah telah memberitahu kalian hakikat para fukaha' sesat ini apabila Dia mengutuskan ulama yang menyeru mereka kepada beberapa kebenaran, lalu para fukaha' sesat tadi menentang mereka dengan pembunuhan dan pengusiran. Mereka membunuh identiti mereka dan membuka jalan bagi para penzalim untuk membunuh tubuh mereka dan mengusir mereka dan di hadapan kalian ada Sayyid Khomeini, Sayyid Muhammad Baqir Al-Sadr dan Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al-Sadr."

Tetapi malangnya majoriti ulama popular pada masa ini menyeru kepada diri mereka sendiri dengan mewajibkan para pengikut mereka untuk mengikut (taqlid) mereka sedangkan mereka tidak maksum dan memberi fatwa berdasarkan pendapat mereka terhadap hukum Allah (swt), walhal hanya Imam dari Ahlul Bait ( as) yang layak dan dibenarkan untuk memberi keputusan yang betul kepada manusia.
Kedua-dua ‘fatwa’ dan ‘taqlid’ adalah tidak sah dan bidaah mudarat – kesalahan yang mana ulama jahat dan juga lurus terjatuh ke dalamnya.

Dengan itu para ulama ini telah mengambil peranan dalam apa yang hanya menjadi wilayah Allah (swt) – syariat Ilahi – dan meletakkan diri mereka pada kedudukan Ahlul Bait (as) – pintu kepada hukum Ilahi, iaitu ulama maksum sebenar yang setiap orang perlu ikuti.

Imam Ahmad Al-Hassan memperingatkan kita tentang ulama sesat ini

Di dalam "Khutbah Haji" Imam Ahmad Al-Hassan (as) berbicara banyak tentang sikap para ulama sesat ini terhadap dirinya sebagai wasi Imam Mahdi (as). Beliau berkata…

Sermon of Hajj Part 1 (of 4), See [1]

"Aku menyeru kamu, Wahai Manusia, untuk menyelamatkan dirimu dari ujian para Ulama sesat yang menyesatkan ini.
Renungilah situasi kaum-kaum yang telah mendahuluimu. Adakah kamu temui Ulama sesat yang mendukung seorang nabi daripada para nabi, atau seorang wasi daripada para wasi? jadi Maka jangan ulangi perkara yang sama lagi dengan mengikut para Ulama sesat ini dan menentang wasi Imam Al-Mahdi seperti mana kaum-kaum sebelum kamu yang telah mengikut para Ulama sesat ini dan menentang para wasi dan nabi yang diutuskan.
Berlaku adillah pada dirimu sejenak dan tanyalah dirimu sendiri pertanyaan ini, “Pernahkah kamu bertanya kepada Rasulullah dan para Imam tentang para Ulama Akhir Zaman sebelum kamu bertanya kepada para Ulama Akhir Zaman tadi tentang wasi Imam Al-Mahdi?Pernahkah kamu bertanya Al-Quran tentang para Ulama yang ketika mana seorang nabi atau wasinya diutuskan, bagaimanakah sikap tegar mereka? Pernahkah kamu bertanya Al-Quran siapakah yang menyalakan api untuk Ibrahim dan ingin membunuh Isa dan memerangi Nuh, Hud, Saleh, Shuaib, Musa, Yunus dan semua nabi dan wasi?
Jika kamu tidak berlaku adil pada dirimu sendiri dan tidak menjawab pertanyaan ini sekarang, maka pasti kamu akan menjawabnya di dalam api neraka dengan jawapan,
{Dan mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan pembesar kami dan mereka telah menyesatkan kami dari Jalan (yang benar).” } (Al-Ahzab: 67)

Dan jika kamu bertanya kepada Allah mengenai riwayat Mi’raj kamu akan menemukan jawapannya, ketika mana Rasulallah meminta kepada Allah sewaktu Mi’raj dalam satu riwayat panjang sehingga Rasulullah berkata,
: Aku berkata, “Wahai Tuhan, lalu bilakah itu akan terjadi (merujuk pada kebangkitan Al-Qaim')?” Maka Dia (swt) menyatakan kepadaku, “Ia akan terjadi apabila pengetahuan telah hilang dan kejahilan muncul, para pembaca (Al-Quran) bertambah dan pengamalnya berkurangan, pembunuhan meningkat dan ulama pembimbing berkurangan dan ulama khianat yang sesat bertambah.” (…)

Aku menyerumu, Wahai Manusia, untuk berhenti menyembah Berhala-berhala ini kerana mereka telah menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mereka telah mengharamkan apa yang Allah halalkan, dan kamu mematuhi mereka lalu dengan itu kamu menyembah mereka di samping Allah. (…)

Aku menyeru kamu untuk memperakui Ketuanan Allah dan menolak Ketuanan Manusia. Aku menyeru kamu untuk mentaati Allah dan menolak ketaatan pada Iblis dan ketaatan pada sekutunya daripada para Ulama sesat. (…)

Majulah menuju Kebenaran yang pahit seperti mana pahitnya ubat adalah penawar bagi penyakit kronik. Majulah menuju Kebenaran yang akan membuat kamu tidak berteman. Majulah menuju Kebenaran dan Cahaya sementara kamu tidak mengingini apa-apa selain Allah dan Akhirat, jauh dari perhiasan dunia ini dan kegelapannya."


Dan dalam “Khutbah Kisah Pertemuan dengan Imam Mahdi (as)” Imam Ahmad (as) berkata

„Dan aku tidak menunggu sokongan/kemenangan melalui para Ulama, dan bagaimana aku boleh menunggu dan mengharap sokongan daripada para Ulama sedangkan Imam Sadiq , (as), mengesahkan dalam lebih dari satu hadith bahawa ramai daripada mereka akan menentang Imam Mahdi , (as), dengan lidah dan tangan mereka hingga ke tahap bahawa apabila perkara ini menjadi pasti dia menghapuskan 70 Ulama Besar dan 3000 dari Ulama Kecil mereka.
Bagaimana aku boleh menunggu sokongan dari mereka apabila Imam Al-Sadiq (as) berkata "Allah akan mendukung perkara ini melalui orang yang tidak berbuat bidaah?
Dan apabila perkara ini datang hari ini, orang yang menetapkan penyembahan pada berhala akan terkeluar daripadanya. "Dan berhala-berhala seperti yang Imam Al-Sadiq , (as), katakan adalah para Ulama tidak beramal, kerana tidak ada berhala pada zaman Imam Al-Sadiq (as), kecuali Abu Hanifah dan orang-orang yang sepertinya.
'Dan dia (as) berkata, "Dan apabila Al-Qaim muncul, orang-orang yang memandang diri mereka sebagai pendukung perkara ini akan terkeluar darinya. Dan orang-orang yang seperti para penyembah Matahari dan Bulan masuk ke dalam perkara ini (iaitu mereka menjadi pendukung Mahdi)."
Dan orang-orang yang tidak mendukung Al-Qaim (as) ini adalah para ulama tidak beramal meskipun manusia menjangka mereka adalah pendukung Al-Qaim , (as).
Dan bagaimana aku boleh mengharapkan sokongan dari para ulama tersebut apabila para Imam mengatakan bahawa para ulama inilah punca perpecahan dan kerosakan Ummah ini?


Dan Khutbah kepada pembesar mereka, agar mereka kembali kepadaNya” dari Imam Ahmad Al-Hassan " adalah satu laungan besar kepada umat Islam untuk menentang penzalim dan membersihkan diri mereka dari mengikut para ulama korup ini dan kembali kepada Allah (swt).

Ulama Akhir Zaman yang Tidak Beramal adalah musuh Al-Qaim

Menurut Nabi (sawas) dan para Imam dari Ahlul Bait (as) para ulama pada zaman Imam Mahdi (as), terutama para ulama taqlid, akan benar-benar menjadi musuh kepada orang yang mereka lihat membuat seruan. Mereka tidak akan mengenali Imam Mahdi (as) apabila dia muncul, dan sebaliknya akan melihatnya sebagai ancaman kepada kedudukan mereka dan dengan itu akan menentang beliau (as).
Ramai ulama silam terkemuka dari kalangan Syiah dan Sunnah bersetuju dengan perkara ini dan mencatatkan riwayat-riwayat tentang hakikat ini di dalam kitab-kitab mereka.

Sebelum memeriksa sejarah taqlid dan fatwa mari kita lihat riwayat-riwayat peringatan yang menunjukkan bagaimana para ulama di Akhir Zaman akan menentang Al-Qaim (as), dan menjadi musuh sengitnya, dan menyeru manusia kepada diri mereka dan akan menafikan Al-Qaim (as)…

The Arrived pt. 14 (The Scholars of the End Times)
  • Diriwayatkan daripada Rasulullah (sawas), beliau berkata: "Akan datang satu zaman bagi umatku di mana tiada apa yang tinggal dari Al-Quran selain tulisannya, dan tiada apa yang tinggal dari Islam selain namanya. Mereka akan dipanggil sebagai Muslim sedangkan mereka amat jauh dari Islam. Masjid-masjid mereka dipenuh manusia tetapi kosong dari petunjuk yang benar. Para fuqaha pada zaman itu akan menjadi seburuk-buruk orang yang pernah ada di bawah langit; mereka menyemai fitnah dan akan menuai fitnah tersebut ." – Al-Bihar, Jilid. 52, MS 190, h. 21
  • Rasulullah (sawas) berkata kepada Ibnu Mas‘ud: „… Wahai Ibn Mas‘ud, akan datang satu zaman di mana orang yang masih berpegang dengan agamanya akan berasa seolah-olah dia memegang bara api di telapak tangannya. Oleh itu, dia perlu bertindak seperti serigala, jika tidak, dia akan dimakan oleh serigala. Wahai Ibn Mas‘ud, para ulama dan fuqaha’ mereka adalah pengkhianat yang tidak bermoral. Bahkan lebih buruk lagi, mereka adalah makhluk Allah yang jahat dan begitu juga para pengikut, pengunjung mereka, orang-orang yang berurusan dengan mereka, pencinta mereka, yang duduk bersama mereka dan merujuk kepada mereka. Ingatlah makhluk Allah yang Jahat ini, api neraka mencari jalannya melalui mereka dan mereka tuli, bisu dan buta dan tidak akan kembali. Kami akan mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat dan memerah mereka hingga tuli, bisu dan buta kerana mereka adalah penghuni neraka. . Apabila api mula padam kami akan kuatkan nyalanya, dan setiap kali kulit mereka masak kami akan gantikannya dengan kulit yang lain supaya mereka terus merasa kesakitan. Ketika dilempar ke dalam neraka, mereka akan mendengar sedutannya yang merobekkan, dan api akan marak dengan garang apabila mereka berasa ingin keluar daripadanya, sengsara, tetapi mereka akan dilempar kembali ke dalamnya dan pasti merasai kesakitan yang amat sangat kerana terbakar. Di dalamnya mereka bernafas tetapi mereka tidak mendengar.
    Wahai Ibn Mas‘ud, mereka mendakwa mereka mengikut agamaku, Sunnahku, caraku, syariatku tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kaitan denganku, dan aku juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mereka.
    Wahai Ibn Mas‘ud, jangan duduk bersama mereka di khalayak ramai! Jangan berjanji setia kepada mereka di pasar! …“ – Ilzaam an-Naasib Jilid 2 MS 131-132
  • Fudhail Ibn Yasar meriwayatkan:
    Aku mendengar Imam Al-Sadiq (as) berkata, "Apabila Qaim kami (as) bangkit dia akan berdepan kejahilan manusia yang lebih teruk dari apa yang dihadapi Rasullah (sawas) pada zaman Jahiliah." Aku bertanya, "Kenapa ia menjadi begitu?" Imam menjawab, "Rasullah (sawas) datang kepada orang-orang yang menyembah batu dan kayu yang diukir. Akan tetapi, Qaim kami (as) datang kepada orang-orang yang semuanya akan mentafsir kitab Allah bagi menentang tafsirannya, dan akan berhujah dengannya melaluinya. Demi Allah, Al-Qaim akan memasukkan keadilannya di dalam rumah-rumah mereka, sama seperti panas dan sejuk masuk ke dalamnya."
  • Diriwayatkan daripada Rasullah (sawas), beliau berkata:
    "Allah nyatakan kepada sebahagian nabiNya: Katakan kepada orang-orang yang mempelajari syariat dengan tujuan selain dari agama, belajar dengan tujuan selain dari beramal, dan menuntut kehidupan ini dengan tujuan selain dari Akhirat; dan orang yang datang di hadapan manusia dengan dibaluti jubah kambing hitam manakala hati mereka seperti hati serigala, kata-kata mereka lebih manis dari madu, tindakan mereka lebih pahit dari lidah buaya, mendustai dan mempersendakan Aku, bahawa Aku akan timpakan mereka sengsara yang akan membuat orang bijak menjadi keliru."
    – Bihar Al-Anwar, Jilid 1, MS 224, Iddat Ad-Da'i, MS 70.
  • Diriwayatkan daripada Rasullah (sawas) mengenai arahannya kepada Ibn Mas'ud:
    "…Wahai Ibn Mas'ud, akan datang zaman ketika mana memelihara agama ini bagi manusia sama seperti membawa bara api di telapak tangan. Maka, mereka mesti menjadi serigala; jika tidak, serigala akan memakan mereka. Wahai Ibn Mas'ud, para ulama dan fukaha’ mereka akan menjadi keji dan pengkhianat, mereka akan menjadi makhluk Allah yang paling jahat, begitu juga orang-orang yang mengikuti mereka, merujuk mereka, mengambil dari mereka, mencintai mereka, duduk bersama mereka dan berbincang dengan mereka. Mereka adalah makhluk Allah yang paling jahat dan akan diheret ke Neraka."
  • As-Sadiq (as) berkata:
    "Apabila Al-Qa'im keluar untuk membalas dendam terhadap para fuqaha’ kerana memberi fatwa dalam perkara yang mereka tidak tahu, mereka dan pengikut mereka akan ditimpa kesengsaraan. Adakah agama ini tidak sempurna lalu mereka menyempurnakannya? Adakah ia menyimpang lalu mereka meluruskannya? Adakah manusia menentang Allah lalu mereka mentaatiNya? Atau adakah Allah perintahkan mereka untuk berbuat benar dan mereka menderhakaiNya? Adakah insan terpilih (Nabi) tersilap tafsir wahyu kepadanya lalu mereka mengingatkannya? Adakah agama ini masih belum sempurna pada zamannya lalu mereka menyempurnakannya? Atau adakah nabi lain datang setelahnya, lalu mereka mengikutinya?" – Ilzam An-Nasib, Jilid 2, MS 200
  • Imam Al-Baqir (as) berkata: "Apabila Al-Qaim muncul dari Karbala untuk menuju ke Najaf dan manusia berada di sekelilingnya, dia akan membunuh antara Karbala dan Najaf 16,000 fukaha’ (ulama) dan orang-orang munafik di sekelilingnya akan berkata: Dia bukan dari anak Fatimah, jika tidak dia pasti bersikap belas kasihan terhadap mereka, dan apabila dia masuk ke Al-Najaf dan tinggal di sana selama satu malam, dia kemudiannya akan muncul dari pintu Al-Nukhaila, untuk menuju ke kubur Hud dan Saleh (as), 70,000 orang dari Kufah akan berdepan dengannya kerana mereka mahu membunuhnya, lalu dia (Mahdi) akan membunuh mereka semua dan tidak satu jiwa pun terlepas daripadanya." – Nur Al-Anwar MS 345 Jilid 3 Bihar Al-Anwar Jilid 52 MS 389
  • Di dalam kitab Al-Yanabi’, disebutkan didalamnya: "Apabila Al-Qa'im (as) muncul, dia tidak akan mempunyai sebarang musuh nyata kecuali para fuqaha’, khususnya. Dia dan pedangnya tidak akan berpisah, kerana jika pedangnya tidak berada di tangannya, para fuqaha akan mengeluarkan Fatwa bagi kematiannya. Akan tetapi, Allah akan mendorongnya keluar dilengkapi sebilah pedang serta kemurahan hati, maka mereka akan taat, takut dan menerima pemerintahannya tanpa keimanan serta menyembunyikan kederhakaan." – Yanabi’ Al-Mawaddat, Jilid 3, MS 215

Situasi para ulama Akhir Zaman ini sebagaimana Imam Ali (as) sifatkan ‘ulama yang tidak beramal':
"Wahai kamu yang memikul ilmu dikelilingmu; adakah kamu hanya memikulnya dikelilingmu? Demi sesungguhnya ilmu itu kepunyaan orang yang tahu dan kemudian bertindak menurutnya, lalu tindakannya selari dengan ilmunya. Akan ada orang yang memikul ilmu dikeliling mereka, tetapi ia tidak akan melewati bahu mereka. Batin pemikiran mereka bercanggah dengan apa yang mereka pamerkan di khalayak ramai, dan kelakuan mereka bercanggah dengan apa yang mereka tahu." – Imam Ali

Nota: Para pendukung Pejabat Palsu di Najaf, yang mendakwa mewakili Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan mengikut Ahmad Al-Hassan bagi merampas kedudukannya dengan membuat Imam Palsu di facebook, ingatlah bahawa hadith-hadith ini juga mengenai para ulama yang menguasai Dakwah ini pada zahirnya.

Semua tanda menunjuk ke arah bahawa inilah Akhir Zaman. Maka bagaimana para ulama yang tidak beramal dari umat Islam ini muncul dengan menampilkan begitu banyak kerosakan hingga Rasullah (sawas) memanggil mereka “makhluk paling jahat”?

Para Ulama memesongkan umat Islam melalui taqlid

Caution.png

Memang menjadi kewajipan bagi para ulama untuk menasihati umat Islam dan berkhidmat untuk mereka, namun kaum ulama telah mencipta konsep 'taqlid' yang mewajibkan umat Islam untuk bertaqlid dan mengikuti setiap jejak mereka.
Walaupun amat tepat untuk bertaqlid pada seorang yang maksum – kita boleh namakannya 'taqlid mengikut yang maksum’ –
para ulama telah mengambil hak istimewa dari Ahlul Bait (as) ini dan secara batil menyandangnya pada diri mereka yang tidak maksum (taqlid mengikut yang tidak maksum). Maka ketika mereka membuat kesilapan dalam urusan agama manusia mengikut mereka, dan dengan itu mereka telah mencabut agama dari orang yang lemah.

Menurut wikipedia 'Taqlid' bermaksud:
" mengikut fatwa seorang ahli agama tanpa keperluan untuk memeriksa landasan nas atau hujah bagi fatwa tersebut, seperti menerima dan mengikut fatwa fukaha’ tanpa meminta sebarang penjelasan mengenai proses yang membawa mereka tiba padanya."

Bagaimana konsep taqlid muncul

Sebelum pelantikan Ahmad Al-Hasan (as) sebagai Al-Yamani selama lebih 1000 tahun para fukaha’(ulama) dari semua mazhab telah menjadi benteng terakhir agama…
Selama masa tersebut pengikut Ahlul Sunnah serta Syiah melihat keperluan untuk membuat ketetapan lanjut berdasarkan ajaran Islam yang dibina bagi menjawab persoalan pada zaman mereka.

Sunni merasa keperluan untuk meluaskan ajaran Islam ini lebih awal dari Syiah, kerana mereka mewarisi kurang ilmu dari Rasulullah dan keluarganya (as) berbanding Syiah yang dibimbing melalui 12 Imam selepas kewafatan Nabi.
Dengan itu mereka mula melakukan taqlid mengikut Hanbali, Maliki, Syafi'i dan Abu Hanifah. Sepanjang masa ini Sunni telah melanjutkan konsep tersebut kepada Ibnu Taimiyyah, Ibn Utsaimin, Ibnu Baz atau Syeikh di masjid-masjid mereka. Ramai Sunni yang aktif beramal dan mempelajari aqidah mereka pada hari ini percaya adalah wajib untuk menentukan satu mazhab atau mengikut seorang ulama yang hidup.

Bagi Syiah pula kekurangan ilmu mereka berlaku dengan Keghaiban Besar (Ghaibah) Imam ke-12 – Imam Mahdi (as) – bermula dengan kematian wakil terakhirnya Muhammad al-Mahdi kepada Ali Ibn Muhammad al-Samarri pada 941. Seribu tahun keghaiban Imam menimbulkan banyak persoalan tanpa jawapan lalu mendorong para ulama mereka untuk tampil mengambil alih dan memberikan jawapan dari ajaran Islam dan fikiran mereka sendiri. Malangnya mereka juga memperkenalkan konsep taqlid, dan golongan awam dan terpelajar Syiah hari ini percaya bertaqlid pada ulama adalah wajib (taqlid mengikut Marja’).

Musibah dari semua ini adalah majorii ulama Sunni dan Syiah sama ada secara terang atau tersirat menyatakan sesiapa yang menentang keputusan mereka membuatkan keluar dari iman atau jatuh ke dalam syirik. Hal ini tidak semestinya diketahui di kalangan semua umat Islam, tetapi mereka yang mempelajari agama secara lebih mendalam sedikit akan tahu bahawa inilah pendapat utama dalam Syiah mahu pun mazhab Sunni.

Bagi mendukung konsep ini, mereka telah menyalahtafsir ayat Al-Quran berikut…

Para ulama sering mendakwa, bahawa ayat tersebut merujuk kepada diri mereka, namun ia sebenarnya merujuk kepada Ahlul Bait (as) seperti yang boleh kita lihat dari hadith-hadith mengenainya…

{maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.} – Al Quran 21:7


  • Al-Husain Ibn Muhammad dari Mu‘alla Ibn Muhammad dari Al-Washsha’ dari Abdullah Ibn ‘Ajlan dari Abu Ja‘far (as) yang mengatakan seperti berikut mengenai firman Allah, Yang Maha Suci, Maha Agung. "Maka tanyalah kepada Ahlu Zikri jika kamu tidak mengetahui." (Al-Quran 16:43, 21: 7). Nabi (sawas) berkata, ‘Aku adalah Dzikr dan para Imam adalah Ahlu Dzikr.’" Mengenai firman Allah, Yang Maha Suci, Maha Tinggi yang menyatakan, "Sesungguhnya ia adalah Dzikr kepadamu dan kepada kaummu, dan kamu akan disoal nanti.’ (Al-Quran 43:44) Para Imam (as) berkata, "Kami adalah kaumnya dan kami yang akan disoal." – H 543, Bab 20, h 1
  • Diriwayatkan oleh Mirza al-Nuri, dan juga oleh Sayyid Barujardi, bahawa Ali Ibn Hussein (as), dan Muhammad Ibn Ali (as) berkata: "Atas kamu adalah ketaatan kepada orang-orang yang kamu tidak ada alasan untuk tidak taat – ketaatan kepada kami Ahlul Bait – kerana Allah telah mengikat ketaatan kepada kami dengan ketaatan kepadaNya dan rasulNya. Dan Dia telah menyatakannya melalui ayat itu di dalam kitabNya, dari kami dari Allah, Dia telah mewajibkan ketaatan kepada DiriNya, rasulNya dan orang-orang yang diamanahkan dari ahli rumahnya, dan Dia telah memerintahkan kamu untuk bertanya kepada Ahlu Dzikr, dan kami, demi Allah, adalah Ahlu Dzikr, tidak ada orang selain kami yang mendakwanya kecuali seorang pendusta, kerana Allah berfirman dalam kitabNya: {Allah telah mengutuskan kepada kamu seorang Rasul yang membacakan ayat-ayat Allah kepada kamu untuk membawa orang-orang beriman dan berbuat baik dari kegelapan kepada cahaya}, dan kemudian Dia Berfirman {Maka tanyalah kepada Ahlu Dzikr jika kamu tidak mengetahui}. Maka kami adalah Ahlu Dzikr, maka terimalah perintah kami, dan berhentilah atas larangan kami, kerana kami adalah pintu-pintu yang Allah perintahkan kamu untuk masuk melaluinya ke dalam rumah, kamilah pintu-pintunya, ini bukan untuk siapa sahaja melainkan kami, dan tiada siapa yang mengatakan hal ini melainkan kami." – Mustadrak al-Wasail Jilid 17, MS 283
{Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu} – Al Quran 4:59


Dalam khutbah kepada para sahabat Hurr, Imam Hussain (as) menjelaskan: “Kami, ahli keluarga Muhammad mempunyai hak yang lebih tinggi terhadap para pendakwa tersebut yang telah mengambil alih urusan ini terhadap kamu.” - Biharul Anwar, 44:377

{Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya} – Al Quran 3:104


Ayat ini jelas sekali bukan satu pernyataan umum tentang para ulama tetapi mengenai orang-orang tertentu yang diredhai Allah (swt) yang benar-benar bekerja untukNya. Jika kita mahu mengaitkan ayat ini kepada para ulama kita tahu ada ulama yang lurus serta yang korup – yang ‘beramal’ serta yang ‘tidak beramal’.

Para ulama juga lebih lanjut mendasarkan konsep taqlid kepada hadith-hadith yang berikut…

Makam yang tinggi bagi orang yang mencari ilmu demi kerana Allah (swt) dan memanfaatkannya kepada orang lain ditekankan serupa dalam hadith Sunni dan Syiah:

Increase me in knowledge.jpg
  • Umar Ibn Hanzalah bertanya Imam Ja‘far as-Sadiq (as) tentang legaliti dua orang Syiah yang memohon keputusan dari pemerintah yang batil dalam satu perselisihan mengenai hutang atau pusaka. Jawapan Imam ia benar-benar haram untuk dilakukan. Lalu Ibnu Hanzalah bertanya apa yang kedua-duanya harus lakukan, dan Imam menjawab: "Mereka mesti mendapatkan salah seorang di antara kamu yang meriwayatkan hadith kami, orang yang mahir tentang apa yang halal dan apa yang haram, yang arif dengan syariat dan hukum kami, dan menerimanya sebagai hakim dan qadhi, kerana aku melantiknya sebagai hakim ke atas kamu. Jika keputusannya yang berdasarkan syariat kami ditolak, penolakan ini sama seperti mengingkari perintah Allah dan menolak kami sama seperti menolak Allah, dan ini sama seperti syirik."
  • Imam Muhammad al-Mahdi (as) menjawab kepada Ishaq bin Ya’qub: "Apabila situasi baru yang membimbangkan berlaku, kamu harus mengikut (petunjuk) kepada para perawi hadith kami, kerana mereka adalah hujjahku ke atasmu, seperti mana aku adalah hujjah Allah."
  • Nabi Allah (sawas) berkata: “Para ulama umatku sama seperti para nabi Bani Israel.”
  • Diriwayatkan bahawa Qays Ibn Katsir berkata: “Seorang lelaki datang dari Madinah kepada Abu Darda’ di Damsyik dan dia berkata, ‘Apa yang membawamu ke sini, saudaraku?’ Dia berkata, ‘Satu hadith yang aku telah mendengar kamu riwayatkan dari Rasulallah (sawas)”. Dia berkata, “Adakah kamu datang untuk sebarang sebab lain?”. Dia berkata, “Tidak”. Dia berkata, “Adakah kamu datang untuk berdagang?”. Dia berkata, “Tidak. Aku hanya datang untuk mencari hadith ini”. Dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah (sawas) berkata, “Sesiapa yang mengikut jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan untuknya ke Syurga. Para malaikat mengepakkan sayap-sayapnya merestui pencari ilmu, dan mereka yang ada di langit dan di bumi mendoakan keampunan untuk ulama, hatta ikan di dalam air. Kelebihan ulama di atas pengabdi adalah seperti keunggulan bulan di atas semua cakerawala. Para ulama adalah pewaris para Nabi, kerana para Nabi tidak meninggalkan dinar atau dirham, sebaliknya mereka meninggalkan ilmu, maka sesiapa yang memperoleh ilmu telah memperoleh nikmat yang besar.’" – Al-Tirmidzi, 2606 ; Dikelaskan sebagai shahih oleh ulama Sunni.
  • Muhammad ibn Yahya melaporkan, dengan pengesahan dari Ahmad Ibn Muhammad Ibn Isa, yang telah diberitahu oleh Muhammad Ibn Khalid, melalui riwayat dari Abu Al-Bukhturi, bahawa Imam Ja’far as-Sadiq (as) berkata: "Para ulama adalah pewaris para nabi, kerana para nabi tidak mewariskan walau sekeping dinar dirham, mereka mewariskan kata-kata dan hadith mereka. Siapa sahaja, yang memperolehi sebahagian dari hadith-hadith mereka sesungguhnya telah memperoleh sebahagian dari rahmat pusaka mereka. Oleh itu, carilah dari siapa kamu boleh memperoleh pengetahuan ini, kerana dari kalangan kami,Keluarga Nabi dalam setiap generasi terdapat orang adil dan jujur yang akan menolak mereka yang memutarbelit dan menokok-tambah, mereka yang memulakan amalan batil, dan mereka yang memberi tafsiran bodoh [iaitu, mereka akan membersihkan dan melindungi agama dari pengaruh orang-orang berat sebelah dan jahil dan orang-orang lain yang seperti mereka]." – Ulama Syiah Al- Kulaini, Al-Kafi, I, 78-79.
  • Imam as-Sadiq (as) menyatakan Nabi (sawas) berkata: “Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah membuka jalan untuk ke syurga, dan para malaikat merendahkan sayap mereka untuknya sebagai tanda keredhaan mereka [atau keredhaan Allah]. Segala yang ada di langit dan di bumi, hatta ikan di lautan, memohon keampunan untuknya. Kelebihan orang yang berilmu di atas abid adalah seperti bulan purnama di atas bintang-bintang.
    Sesungguhnya para ulama merupakan pewaris para Nabi (as); para nabi tidak mewariskan walau sekeping dinar atau dirham; sebaliknya mereka mewariskan ilmu, dan sesiapa yang memperolehnya sesungguhnya telah memperoleh sebahagian rahmat pusaka mereka.” – Al-Kulaini, Al-Kafi, I, ii, 85-86
  • Nabi Muhammad (saw) berkata: "Dakwat ulama lebih bernilai dari darah syuhada." – Bukhari, Kitab Ilmu
  • Imam Hasan al-Askari (as), Imam yang kesebelas berkata: "Para ulama dari pengikut kami (Syiah) adalah para pengawal pada batas-batas Islam. Maka, sesiapa daripada pengikut kami yang mengambil (tugas) ini adalah lebih tinggi darjatnya dari orang-orang yang berperang dalam pertempuran menentang orang-orang Rom, (kerana yang ini mempertahankan batas aqidah pengikut kami)." – Al-Ihtijaj, Jilid 2, MS 155
  • Imam Husain (as) berkata: "… Sesungguhnya, jalan kepada urusan umat Islam dan peraturan agama berada di tangan para ulama soleh yang menjadi amanah Allah dalam perkara-perkara yang halal dan haram bagiNya’…" – Tuhaful ‘Uqul, MS 172
  • Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad Ibn Yahya dari Ahmad Ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Ali Ibn Abi Hamzah, yang berkata: “Aku mendengar Abul Hasan Musa bin Ja’far (as) berkata: ‘Apabila seorang mukmin meninggal dunia, para malaikat, bahagian di bumi yang dia gunakan untuk menyembah Allah dan pintu-pintu langit yang dari situ amalannya diangkat akan meratapinya. Begitu juga retakan muncul dalam Islam yang tidak boleh dibaiki oleh apa-apa pun kerana orang-orang beriman yang berilmu adalah kubu Islam, sama seperti dinding sebuah kota adalah kubunya’” – Al-Kafi, 1:38
  • Nabi Muhammad (sawas) berkata: „Orang yang paling berilmu adalah orang yang mengumpul ilmu dari orang lain dengan dirinya sendiri; orang yang paling mulia adalah yang paling berilmu dan orang yang paling hina adalah yang paling jahil.“ – sumber: tidak diketahui
  • Al-Saduq meriwayatkan dalam Kamaludin: Muhammad Ibn Muhammad Ibn Isam al-Kulaini meriwayatkan kepada kami dari Muhammad Ibn Ya’qub al- Kulayni dari Ishaq Ibn Ya’qub: "Aku meminta Muhammad Ibn Uthman al-Amri untuk mengambil suratku yang mana aku bertanya mengenai isu-isu yang rumit bagiku. Satu jawapan tiba kepadaku dalam tulisan tangan maula kita, Imam Zaman: Adapun bagi urusan yang mendatang, rujuklah kepada para perawi hadith kami, kerana mereka (iaitu para perawi) adalah hujjahku ke atasmu dan aku adalah hujjah Allah ke atas mereka." – Kamaluddin, 2: 483

Nota: Dalam hadith terakhir ini Imam Mahdi (as) telah memberi amaran kepada para perawi hadith (huraian yang berlaku pada para ulama hari ini) bahawa manakala mereka adalah hujjah ke atas manusa, beliau (as) pula adalah hujjah Allah ke atas mereka. Maksudnya mereka memikul amanah dalam meriwayatkan hadith dan beliau (as) akan memegang mereka untuk bertanggungjawab di atas setiap penyelewengan.

Bantahan taqlid kepada bukan maksumin

Not a slave free.png

Hadith-hadith yang menyuruh kita mengikut ulama yang merujuk kepada para ulama yang tidak maksum ini sebenarnya cuma dalam cara yang terbatas, kerana hadith-hadith tadi hanya merujuk kepada Ahlul Bait (as) sahaja secara mutlak yang merupakan ulama yang sebenar dari Allah seperti dijelaskan dalam riwayat berikut…

  • Ali Ibn Ibrahim, dari Muhammad Ibn Isa, dari Yunus, dari Jamil, dari Abu Abdillah (as):
    "Aku (Jamil) mendengar dia berkata: "Manusia terdiri dalam tiga kumpulan: Para ulama, para pelajar, dan sampah. Kami adalah ulama, Syiah kami adalah pelajar, dan orang-orang selain itu adalah sampah." – Kitaab al-Kafi
  • Amirul Mukminin (as) berkata: “Menjalankan urusan dan hukum berada di tangan para ulama Allah, yang memegang amanah terhadap halal dan haramNya… Ya Allah, Engkau tahu bahawa apa yang terjadi bukanlah persaingan demi kuasa atau mencari kemegahan di dunia ini, tetapi agar kami dapat mengembalikan kebenaran agamaMu dan membawa kebaikan di bumiMu dan agar kaum tertindas di kalangan hamba-hambaMu akan merasa aman…” – Tuhaful Uqul: 172, Khutbah 131 dalam Nahjul Balaghah serupa dengan ini

Natijahnya semua riwayat positif tentang para ulama sama ada menggambarkan Ahlul Bait (as) sendiri, atau ‘ulama beramal’ yang berhati-hati menasihati umat Islam.
Dan ia tidak menggambarkan orang-orang yang sengaja melangkahi autoriti mereka (Ahlul Bait) kerana rakus kepada kuasa ke atas para pengikut.
Nota: Sudah tentu ada juga ulama yang beramal yang terjatuh ke dalam kesalahan taqlid tanpa ada niat yang jahat.

Dan kerana Imam Al-Askari (as) telah memperingatkan kita tentang para ulama ini bahawa Sebahagian daripada fukaha’ ini lebih berbahaya kepada Syiah kami daripada tentera Yazid Ibn Muawiyyah terhadap Hussain dan para sahabatnya, ini kerana tentera Yazid Ibn Muawiyyah mencabut nyawa Al-Hussain dan para sahabatnya. Tetapi para fukaha’ ini mencabut agama daripada Syiah kami yang lemah'." Adalah penting untuk difahami bahawa autoriti orang yang maksum dan orang yang tidak maksum adalah dua dimensi yang berbeza. Dan jika kita renungi topik ini adalah tidak masuk akal bahawa Ahlul Bait akan memindahkan autoriti mereka kepada para ulama seluruhnya.

Para Ulama telah mencabut agama dari golongan lemah melalui fatwa

Pengambilan Hukum Islam yang batil

Para ulama telah mengembangkan pelbagai kaedah bertujuan untuk memperoleh jawapan yang lebih mendalam daripada ajaran islam.

Para ulama Sunni dan Syiah mencari jawapan melalui "Ijtihad" (penelitian/penyelidikan yang cermat dan analogi yang dilakukan oleh ulama). Para ulama Sunni lebih terkehadapan dengan menggunakan kaedah Qiyas analogi: menyimpulkan hukum dari hukum lain kerana persamaan yang dilihat antara dua hal tersebut), "Ijma'" (kesepakatan para ulama Muslim), "Istislah" (mencari jawapan dengan memutuskan apa yang menepati ‘kepentingan umum'), dan banyak lagi.

Undang-Undang Manusia vs. Undang-Undang Allah

Para ulama menamakan kerja mereka ini "keputusan syarie" or "Fatwa" ('pendapat sah Islam’ dari kata kerja أفتى ‘afta = ‘dia memberikan pendapat sah yang rasmi") – secara luaran seolah-olah fatwa tidak mengikat orang yang meminta fatwa tetapi sekadar panduan untuk diperhatikan sebagai nasihat agama, sedangkan erti ‘pendapat sah Islam’ ini telah pun memberi gambaran kuat sifatnya yang mengikat.
Jika kita melihat realiti fatwa ia tidak lebih dari satu andaian, pendapat, kesimpulan peribadi – dan dakwaan tumpul: Ini haram – ini halal.

Malah Nabi (sawas) telah memperingatkan kita tentang orang-orang yang membuat haram menjadi halal dan halal menjadi haram melalui pendapat yang mereka berikan:
Diriwayatkan dari Auf bin Malik: Nabi (sawas) berkata: "Umatku akan terpecah menjadi lebih sedikit dari 70, dan majoritinya akan menjadi fitnah (musibah) ke atas umatku. 'Akan ada kelompok yang melakukan qiyas dalam urusan (agama) dengan pendapat peribadi mereka, dan dengan itu menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal." – Al-Haithami, Majma’ Al-Zawa‘id, Jilid 1, MS243, H841

Dan di atas semua ini melalui konsep taqlid para ulama yang tidak maksum telah mewajibkan umat Islam untuk mengikut pendapat mereka tanpa soal lalu orang ramai mengikut mereka bersama kesalahan mereka dan menyembah mereka secara tidak sedar.

Hakikatnya adalah tidak ada orang yang berhak mendakwa tahu keputusan yang tepat kecuali apabila mereka mendapatkannya secara langsung dari Ahlul Bait (as) – dan dalam hal ini ia tidak akan menjadi fatwa, ia akan menjadi "satu-satunya" okeputusan yang benar kerana ia datang dari yang maksumi.
Tetapi setiap ulama memberi fatwa, yang sering berlawanan satu sama lain, lalu orang ramai melakukan "ijtihad" untuk menentukan keputusan mana yang benar. Ini benar-benar salah kerana ia mendorong orang ramai untuk tidak mengenali Imam pada zamannya dan mengambil keputusan dari beliau (as), dan mendorong mereka untuk membiarkan fikiran dan pendapat sendiri menjadi pemutus dalam agama Allah dan hukumNya.
Imam maksum adalah satu-satunya yang memiliki hak dari Allah (swt) untuk memerintah manusia dan membimbing mereka dan mentafsirkan Al-Quran untuk mereka.
Tidak ada orang lain yang diizinkan untuk memberi pendapat atau penilaian mereka terhadap hukum Allah (swt) kecuali Ahlul Bait (as).

Siapakah orang-orang yang Allah berikan mereka autoriti dan mesti ditaati di samping Nabi (sawas)?

Hanya Ahlul Bait (as) satu-satunya yang mampu mengisi kedudukan ini. Makam mereka bersama Allah (swt) yang tiada tandingan jelas pada setiap orang yang ingin melihat:

  • Rasulullah sawas berkata:
    "TBintang-bintang adalah pengampunan bagi penghuni langit, dan jika bintang pergi (iaitu, tidak wujud), penghuni langit akan musnah. Dan Dan Ahlu Baitku adalah pengampunan bagi penghuni bumi, dan jika Ahlul Baitku pergi (iaitu, semua mati), maka penghuni bumi akan musnah." – Rujukan Sunni: Fadha‘il al-Sahabah, oleh Ahmad Ibn Hanbal, J2, MS671, Hadith no.1145; Dhakha‘ir al-Uqba, oleh Muhibbuddin al-Tabari, MS14; Manaqib Ahmad, dan banyak lagi…
  • Dan Rasulullah (sawas) berkata:
    "Bintang-bintang membantu menahan penghuni bumi dari tenggelam, dan Ahlu Baitku adalah pelindung umatku dari pertikaian. Oleh itu, mana-mana kelompok di antara orang-orang Arab yang menentang Ahlu Baitku, akan berpecah kerana perselisihan dan akan menjadi (parti) Syaitan." – Al-Mustadrak, al-Hakim, J3, ms149; Al-Tabarani; Al-Manaqib Ahmad
  • Rasulullah (sawas) juga berjanji:
    "Dalam setiap generasi umatku akan ada ahli-ahli dari Ahlu Baitku yang adil dan benar untuk menangani perubahan dan korupsi yang cuba dilakukan oleh orang-orang sesat terhadap agamaku, untuk menghapuskan dakwaan palsu yang tidak benar dan menyanggah salah tafsir dari orang yang jahil. Ingatlah! Imam kamu harus menjadi wakil kamu di hadapan Allah, maka awasilah siapa yang kamu ambil sebagai wakilmu." – Rujukan Sunni: Al-Sirah, oleh al-Mala; Al-Sawa‘iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar, Bab 11, bahagian 1, ms 231 di bawah komentar ayat: {Dan tahanlah mereka, sesungguhnya mereka akan disoal!} (37:24)

Ahlul Bait (as), para Nabi dan Rasul adalah satu-satunya yang mampu mentafsirkan Al-Quran dan memberi dan memperbaharui peraturan Islam

Allah (swt) berfirman dalam Al-Quran bahawa tidak ada yang tahu tafsiran Al-Quran kecuali Dia (swt) dan orang-orang yang mendalam ilmunya:

  • {Dialah yang telah menurunkan kepadamu Kitab yang di dalamnya ada ayat-ayat yang Muhkam (jelas dan nyata)— iaitu Ibu Kitab–dan yang lain [iaitu yang] Mutasyabihat (samar-samar). Adapun orang-orang yang di dalam hatinya ada keraguan cenderung kepada apa yang samar-samar [untuk menimbulkan] ] fitnah dan mencari takwilnya. Tidak ada yang tahu takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang teguh mendalam ilmunya, mereka berkata: Kami beriman dengannya; ; semuanya dari sisi Tuhan kami; tetapi hanya orang-orang berakal yang benar-benar ingat.} - Al-Quran 3: 7
Quran Ali.jpg

Dan ada banyak hadis dari Ahlul Bait (as) yang menegaskan bahawa mereka adalah orang-orang yang teguh mendalam ilmunya. Dan Nabi dan keturunannya (as) menyatakan bahawa kiasan Al-Quran hanya diketahui oleh Rasulullah (sawas) dan para Imam dari keturunannya (as), dan kiasan ini tidak akan diketahui kecuali melalui mereka (as):

  • Abu Ja‘far (as) berkata, "Kami adalah orang-orang yang teguh mendalam ilmunya, dan kami tahu tafsirannya." – Wasail Al-Syiah Jilid 27 ms 198
  • Dan Abu Abdullah (as) berkata, "Yang teguh mendalam ilmunya adalah Amirul Mukminin (as) dan para Imam dari anak-anaknya." – Wasail Al-Syiah Jilid 27 ms179

Ahlul Bait (as) adalah orang-orang yang memiliki pengetahuan tentang Al-Quran sampai hari Kiamat seperti yang kita tahu dari ‘Hadith Thaqalain’ yang terkenal di mana Rasulullah (sawas) berkata:
"Sesungguhnya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Mengetahui, telah memberitahuku bahawa kedua-dua (Al-Quran dn Ahlul Bait) tidak akan pernah terpisah satu sama lain sampai mereka bertemu denganku di Haudh al-Kautsar (mata air di syurga)." – Sahih Muslim, 2:238; Musnad Ahmad ibn Hanbal, 5:181-182; Sahih Tirmidhi, 2:220, and others

Dan selanjutnya seluruh Al-Quran adalah Muhkam (jelas dan nyata) untuk Ahlul Bait (as):

  • Harwal Bin Hamzah meriwayatkan bahawa dia mendengar Abu Abdullah (as) berkata, "{Ini adalah ayat-ayat yang jelas di dalam hati orang-orang yang diberi ilmu} (Al Quran 29:49), mereka adalah para Imam khususnya." – Wasail Al-Syiah Jilid 27 ms 180
  • Juga terdapat ayat: {Dan jika mereka telah merujuknya kepada rasul dan ulil amri (orang-orang yang diberi autoriti) dari kalangan mereka, maka orang-orang yang mengambilnya akan memahaminya} [Al Qur’an 4:83], Imam Al-Sadiq (as) berkata: "mereka adalah para Imam maksum (as)." – Wasail Al-Syiah Jilid 27 ms 200

Ahlul Bait (as) juga menjelaskan bahawa kata-kata Allah (swt) tidak seperti kata-kata manusia, oleh kerana itu kata-kata Allah (swt) tidak dapat dijangkau oleh manusia:

Quran AhlulBayt.jpg
  • Al-Mala Bin Khanis berkata bahawa Imam Abu Abdullah (as) mengatakan dalam sebuah surat
    "Sesungguhnya, Al-Quran adalah iktibar bagi orang-orang yang tahu sementara yang lainnya tidak, dan ia adalah iktibar bagi orang yang membacanya seperti mana ia harus dibaca, dan mereka adalah orang-orang yang tahu dan beriman dengannya. Adapun orang-orang selain mereka, mereka sangat bingung dengannya dan ia sangat jauh dari jalan hati mereka. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah (sawas) mengatakan, 'Tidak ada yang lebih jauh dari hati manusia dari tafsiran Al-Quran, dan ini [tafsirannya] telah menjadi kebingungan untuk seluruh makhluk kecuali sesiapa yang Allah kehendaki’', dan Allah telah mejadikannya begini agar manusia memerhatikan pintuNya dan jalanNya, dan supaya mereka menyembahNya dan mematuhi ahli-ahli KitabNya dan orang-orang yang berbicara dengan perintahNya, dan supaya manusia akan merujuk mereka bagi mengambil apa yang diperlukan dari Al-Quran, bukannya merujuk pada diri mereka sendiri, {Dan jika mereka telah merujuknya kepada rasul dan ulil amri (orang-orang yang diberi autoriti) dari kalangan mereka, maka orang-orang yang mengambilnya akan memahaminya}. Dan tidak ada orang lain selain mereka yang memiliki ilmu ini dan mereka mustahil untuk memilikinya. Dan aku tahu bahawa adalah tidak tepat untuk seluruh makhluk menjadi orang yang diberi autoriti, kerana dalam hal itu, mereka tidak akan mempunyai sesiapa lagi sebagai pengikut untuk diseru tentang perintah Allah, oleh itu Allah (swt) telah membuat para wasi ini orang-orang yang khusus untuk diikuti, maka fahamilah ini insya Allah. Dan Dan jangan pernah sesekali, membaca Al-Quran dengan pendapatmu, kerana manusia tidak bersekutu dalam ilmunya seperti mana mereka bersekutu dalam hal-hal lain. Mereka tidak boleh mentafsirnya, kecuali dengan pintunya yang Allah telah ciptakan untuk mereka, maka fahamilah ini insya Allah. Dan mohonlah perkara ini dari tempatnya yang sebenar, dan kamu akan mendapatnya insya Allah." – Wasail Al-Syiah Jilid 27 ms190

Mengenai orang yang melanjutkan Hukum Islam melalui imaginasi dan pendapat

Peraturan Ilahi vs. Peraturan Manusia

Mari kita lihat hadith-hadith masyhur mengenai orang-orang yang mengajar manusia dan mentafsirkan Al-Quran dengan pendapat mereka sendiri:

  • Abu Bashir mengatakan Abu Abdullah (as) berkata,
    "Sesiapa yang mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya, jika dia betul [dalam tafsirannya] dia tidak mendapat ganjaran, dan jika dia silap dia pergi lebih jauh dari langit." – Wasail Al-Syiah Jilid 18 ms 149
  • Dalam khutbahnya mengenai “Makhluk paling keji “ Imam Ali (as) mencela orang-orang yang memegang jawatan Qadhi (hakim) tanpa mempunyai kelayakan atau ilmu yang cukup untuk memikul tanggungjawab sebegini:
    "… Andainya Allah membiarkan agama ini tidak sempurna dan alasan membiarkannya separuh jalan adalah Dia ingin manusia membantuNya dalam menyempurnakan hukum agama dan bersekutu denganNya dalam tugas syariah, maka kepercayaan ini jelas syirik. Sekiranya Dia menurunkan agama dengan sempurna, Nabi pasti telah gagal dalam menyampaikannya lalu kekosongan ini ditinggalkan untuk orang lain mengunakan imaginasi dan pendapat. Ini, na‘uzibillah, bererti satu kelemahan Nabi dan penghinaan buruk terhadap pilihan Allah.
    Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa Dia tidak meninggalkan satu apa pun di dalam Kitab dan telah menjelaskan setiap perkara…" – Nahjul Balaghah, Khutbah 17
  • Imam Al-Sadiq berkata: "Apabila Al-Qaim keluar untuk membalas dendam terhadap para fuqaha’ kerana memberi fatwa dalam perkara yang mereka tidak tahu, mereka dan pengikut mereka akan ditimpa sengsara. Adakah agama ini tidak sempurna lalu mereka menyempurnakannya? Adakah ia menyimpang lalu mereka meluruskannya? Adakah manusia menentang Allah lalu mereka mentaatiNya? Atau adakah Allah perintahkan mereka untuk berbuat benar dan mereka menderhakaiNya? Adakah insan terpilih (Nabi) tersilap tafsir wahyu kepadanya lalu mereka mengingatkannya? Adakah agama ini masih belum sempurna pada zamannya lalu mereka menyempurnakannya? Atau adakah nabi lain datang setelahnya, lalu mereka mengikutinya?" – Ilzam An-Nasib, Jilid 2, ms 200
  • Imam Ja‘far As-Sadiq (as) menentang penggunaan Qiyas (penalaran melalui analogi) untuk menetapkan hukum Islam. Berikut adalah dialog antara As-Sadiq dan Abu Hanifah…
    Ibn Shubrama, salah seorang murid Abu Hanifah, telah melaporkan hal ini. Dia berkata dia dan Abu Hanifah melawat Ja’far Ibn Muhammad (As-Sadiq). Dia berkata kepada as-Sadiq "Ini adalah faqih dari Iraq."
    As-Sadiq menjawab, "Mungkin dialah orang yang menggunakan analogi dalam agama dengan pendapatnya. Mungkin dia adalah al-Nu’man bin Thabit?"
    Ibn Shubrama menyatakan dia belum mengenal nama Abu Hanifah sebelum hari itu.
    "Ya, sayalah orang itu", jawab Abu Hanifah.
    "Takutilah Allah", Imam berkata kepadanya, “dan jangan menggunakan qiyas dalam agama dengan pendapatmu. Yang pertama menggunakan qiyas dengan pendapatnya adalah syaitan ketika dia berkata dia lebih baik daripada Adam. Qiyasnya adalah salah dan dia tersesat…"
    Kemudian As-Sadiq bertanya kepada Abu Hanifah, “Mana yang lebih tercela di sisi Allah: Membunuh seseorang yang dilarang Allah tanpa hak atau melakukan zina?"
    "Tentulah, membunuh seseorang”, jawab Abu Hanifah.
    "Akan tetapi", kata Imam, “Allah menerima pengakuan dua saksi kerana membunuh orang. Dan dalam kes zina, Dia hanya menerima pengakuan empat saksi. Bagaimana qiyas membantu kamu?
    As-Sadiq menyambung]: “Yang mana lebih besar di sisi Tuhan, puasa atau solat?"
    "Solat," jawab Abu Hanifah.
    Imam berkata, "Lalu kenapa wanita haid perlu mengganti hari-harinya yang terlepas puasa manakala dia tidak perlu mengganti solatnya yang terlepas? Takutilah Allah, wahai hamba Allah, dan jangan membuat qiyas dalam agama dengan pendapatmu. Esok kami, dan orang-orang yang menentang kami, akan berdiri di hadapan Allah. Kami akan berkata: kami telah pun mengatakan bahawa Allah dan Rasulallah berkata (begitu). Kamu dan teman-temanmu pula akan berkata: kami mendengar dan kami mengadakan pendapat itu. Maka biarlah Allah melakukan terhadap kami dan terhadap kamu apa yang dikehendakiNya."
  • Dan Abu Abdillah (Imam Ja‘far Al-Sadiq) (as) memberitahu Abu Hanifah:
    "Adakah kamu faqih dari Iraq?"
    Abu Hanifah: "Ya."
    Imam (as): "Dan dalam perkara apa kamu berilmu?"
    Abu Hanifah: "Di dalam Kitab Allah dan Sunnah NabiNya."
    Imam (as): "Wahai Abu Hanifah, adakah kamu tahu ilmu kitab Allah yang hakiki, dan tahu apa yang nasikh dari yang mansukh?"
    Abu Hanifah: "Ya."
    Imam (as): "Wahai Abu Hanifah, kamu telah mendakwa mepunyai ilmu - binasalah kamu - Allah tidak memberinya kecuali kepada ahli Kitab yang kepadanya Kitab ini yang diturunkan, binasalah kamu, kerana ia hanya untuk orang-orang pilihan dari keturunan Nabi (sawas) dan Allah tidak memberimu satu huruf pun dari Kitab ini." – Wasail Al-Syiah, Jilid 27, ms 48

Kesimpulan

Oleh itu, kita faham, bahawa satu-satunya cara tepat untuk memperoleh ilmu yang diperlukan dari Al-Quran adalah dengan bertanya kepada Ahlul Bait (as) atau seorang nabi atau rasul, yang berkata-kata melalui perintah Allah – dan manusia biasa tidak harus mencuba mentafsir Al-Quran, kecuali melalui pintu ini.

Dan kita faham oleh kerana Allah (swt) telah memberi kita Imam maksum pada setiap zaman maka adalah haram bagi orang yang tidak maksum untuk melanjutkan ajaran Islam dan mengambil hukum agama melalui imaginasi dan pendapat. Maka itu, salah satu tugas Qaim adalah untuk membalas dendam terhadap para fukaha’ yang mengeluarkan fatwa dalam perkara yang mereka tidak tahu.


Majoriti ulama sentiasa korup

TAQLID , FATWA DAN PARA ULAMA' DI AKHIR ZAMAN oleh AHMAD MAHDI


'Dan mereka berkata, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak para pemimpin dan pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang [benar.’]' (Al Quran 33:67)


Apa yang kita tahu adalah pada setiap zaman ada sedikit ‘ulama yang beramal’ manakala majoriti ulama adalah korup seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dan hadith…

  • Dengan autoriti dari Abu Basir, yang melaporkan dengan autoriti As-Sadiq (as): Dia berkata aku memberitahunya: {Mereka telah mengambil ahli agama mereka dan para rahib mereka sebagai tuhan selain dari Allah}. At-Taubah: 31
    Dia (as) berkata: "Mereka tidak menyeru manusia untuk menyembah mereka kerana jika mereka berbuat demikian, manusia tidak akan patuh. Tetapi mereka menghalalkan untuk manusia apa yang haram dan mengharamkan untuk manusia apa halal, maka manusia menyembah mereka tanpa mengetahui." – Al-Burhan, Bab 10, ms 120 – Usul Al-Kafi, Bab At-Taqlid, Jilid 1, ms 53, h.1
  • Diriwayatkan daripada Rasulullah (sawas), beliau berkata:
    "Aku tidak takut huru-hara yang memusnahkan umatku, atau musuh menyerangnya. Tetapi aku bimbang para Imam sesat akan membawa umatku kepada kesukaran dan perselisihan apabila umat ini taat kepada mereka atau dimusnahkan jika umat ini mengingkari kepada mereka." – Ilzam An-Nasib, Jilid 1, ms 196
  • Nabi (sawas) berkata: "Ada dua golongan dari umatku yang apabila mereka alim, umatku akan tegak dan apabila mereka curang umatku akan rosak."
    Rasulullah (sawas) telah ditanya siapakah mereka, dan beliau menjawab: "Para ulama dan pemimpin." – Bihar al-Anwar, Jilid 2, ms 49.

Dan menurut riwayat Ahlul Bait (as) para ulama Akhir Zaman memainkan peranan yang sangat negatif pada zaman kemunculan Al-Qaim (as). Ramalan ini benar-benar bercanggah dengan apa yang diajar kepada majoriti umat Islam hari ini! Jadi siapakah ulama yang baik?


Imam Ahmad Al-Hassan menasihatkan kita untuk menggunakan neraca Al-Hussain (as) untuk membuang hijab kewalian palsu dari muka para ulama yang tidak beramal ini:

Imam Ahmad (as) berkata dengan suara terpujinya dalam „A Sermon to the Students of the Hawza“:

Petikan daripada "Khutbah kepada pelajar Hauzah"

"Adapun bagi ulama yang tidak beramal, sesungguhnya Al-Hussein (as) mendedahkan mereka dan menanggalkan hijab kesucian palsu dari wajah gelap busuk mereka.
Jadi pendirian Al-Hussein (as) di Karbala terus menjadi neraca kebenaran dan keadilan dan tauhid, siapa sahaja yang ingin boleh menggunakannya pada setiap zaman, untuk melihat melaluinya wajah-wajah cacat para ulama tidak beramal ini yang menyesatkan dari belakang hijab kesucian palsu.“

Lalu apakah neraca ini?

Dalam perenggan sebelumnya Imam (as) bercakap tentang pendirian Al-Hussein (as) tentang Ketuanan Allah. Beliau (as) berkata:

"Adapun bagi pemerintah yang zalim sesungguhnya Al-Hussein (as) telah membunuh mereka, dan beliau menjelaskan kepalsuan Ketuanan Manusia dalam segala bentuknya sama ada ia melalui Shura di kalangan mereka (pengundian) atau pelantikan yang manusia. Dan Al-Hussein (as) menjelaskan bahawa Ketuanan adalah milik Allah, Yang Maha Kuasa, kerana Dia Pemilik Pemerintahan, maka untukNya (swt) adalah Dia yang melantik, dan bagi manusia pula adalah menerima pelantikanNya… [hingga akhir perenggan].“

Al Hussayn Supremacy of Allah.jpg

Oleh itu skala Al-Hussein (as) adalah pendirian teguh yang tidak bergoyang tentang Ketuanan Allah.

Dan Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
"Dan Al-Hussein (as) berdepan para ulama yang tidak beramal: Shuraih al-Qadi, dan Shibth Ibn Rab'ie dan Shimr Ibn Thil-Jaushan dan orang-orang lain yang seperti mereka. Dan merekalah yang paling berbahaya dalam penentangan, kerana mereka memakai baju agama, Dan merekalah yang paling berbahaya dalam penentangan, kerana mereka memakai baju agama, dan mereka secara palsu dan batil telah menipu manusia untuk berfikir bahawa mereka mengeluarkan pedang Muhammad (sawas) terhadap Al-Hussein (as), dan mereka mendakwa mewakili Agama Suci ini, dengan tipu daya dan pendustaan terhadap Allah yang Maha Kuasa." - A Sermon to the Students of the Hawza

Note: Ketahuilah bahawa Pejabat Batil (Najaf) perlukan Abdullah Hashem (Mimbar Masir) untuk mengedit beberapa bahagian dari siri-siri yang menyebut tentang Para Ulama Akhir Zaman.